Friday, June 7, 2013

dia dah kawen ??



ucapan tahniah buat kawan yang dikasihi , Ain Samsila yang telah selamat menjadi isteri orang , semalam (06062013) . rasa macam mimpi je . teringat balik kenangan kita kat asrama . gelak sama-sama , makan sama-sama . semua tu dah jadi kenangan pada kita kan ?

even tak dapat pergi kenduri , sempat lagi ana ambil gambar dari kawan-kawan yang hadir untuk majlis Ila . jangan marah ye , ana masukkan dalam blog ni sebagai kenangan dan juga Ila kawan ana yang pernah kongsi suka duka . rasa baru semalam kita gaduh-gaduh dengan geng ehem ehem . heheh nakal kan zaman sekolah dulu . *cakap sorang-sorang, bukan Ila dengar pun*

okay la , malas nak buat drama sinetron kat sini . jom usyar-usyar sikit siapa pengantin nya ..



 seriously , awak cantik sangat kawan ! tengok , warna feveret saya ! cantik , cantik , cantik !


mira , ila , lynn . nanti giliran siapa pulak ? jeng jeng jeng .. haaa


siti , ila , murni . si budak kechik Siti lama betul menghilang . rindu kau , kawan !

sorang dah jadi isteri orang . yang lain bila lagi ? hohoho

untuk Ila , moga bahagia until jannah . hopefully you will be a great wife for your husband . one more , don't forget me as your friend , okay dear ? tak sabar nak jadi mak cik untuk anak-anak kawan sendiri . hehehe

duk sembang-sembang dengan akak , tetibe boleh pulak keluar soalan , "agak-agak saya bila ehh boleh kawen?" .. hahahah soalan yang ana sendiri tak boleh jawab apatah lagi kakak . 

untuk si dia ,
harap sangat hubungan kita berkekalan . tak nak di sini je tapi In Shaa Allah until jannah :)





Thursday, June 6, 2013

nilai sesuatu barang peribadi



dah lama tak buat entry , kali ni nak buat special sikit .

dah lama rasanya ana meninggalkan negeri Terengganu ni . sejak praktikal kat Pahang , langsung tak balik rumah . 5 bulan praktikal , seingat ana , 3 kali je jejak rumah kat kampung halaman ni , yang selebihnya habiskan masa di Kuantan bersama-sama teman , Syamimi and tak lupa si ucux , Ameer . hee
*gedix betul !*

okay , tak nak panjangkan cerita . terus masuk pada point utama untuk entry kali ni .

tengah belek-belek barang dalam almari kesayangan , terjumpa la barang-barang antik yang dulu sangat-sangat ana sayang . nak campak dalam bakul sampah terasa sayang pulak ! lepas tu , satu persatu ana belek . tetibe terjumpa laa something yang ana ingatkan ana dah buang jauh-jauh . syukur , something tu masih ada lagi dengan ana even usianya dah mencecah 5 tahun ! *antik bebeno*

selain something tu , terjumpa laa pemberian daripada teman lama dan yang lebih spesifik , teman sekolah rendah ! Ya Allah , sekarang umur pun dah mencecah 20 tahun dan pemberian teman masih ada . tak sangka ana dah simpan pemberian tu selama 8 tahun ! lamanya . rasa macam baru je ana dapat hadiah tu . dapat tengok lagi senyuman pada bibir teman yang ana sayang tu .
semua barang-barang ni memberi makna untuk ana . segala kenangan tersurat dalam semua tu . sayu rasanya hati bila teringat balik kisah disebaliknya . terfikir pulak , nak sangat undur masa . nak rasa kembali detik-detik yang manis tu . tapi ana tahu , ana tak mampu . 

yang indah itu pertemuan ,
yang manis itu kemesraan ,
yang pahit itu perpisahan ,
dan yang tinggal hanyalah kenangan .

barang pertama yang ana ambil dari dalam almari tu sebuah kotak kecil . dan barang yang menarik perhatian ku ialah ....... (tengok gambar kat bawah)


ni laa kad pengenalan pengawas . kalau tak silap ni muka darjah  5 . haha comel pelik je . jangan silap pandang sebenarnya dalam kad ni ana senyum tapi tu la , mesti kamera fon punya pasal ni . tengok , dah jadi masam pulak muka tu kan ? *perasan habis!*

barang kedua ..


dalam banyak-banyak pemberian , yang ni je yang tinggal . yang lain dah hilang . pemberian daripada kembar ku , Nur Izzati Mohd Nafi . teman baik masa Darjah 6 . pemberian ni ada maksud dan biar lah cerita di sebaliknya ana , dia , someone dan Allah yang tahu .

barang ketiga ..


even buku 3x5 , punya makna taw ! nampak tak nama kat buku tu ? "dengan ingatan : ust Mohd Firdaus" . haa skandal sekolah rendah ni . hehe tak laa . hadiah daripada ustaz pada hari terakhir beliau mengajar di Sekolah Kebangsaan Gong Balai . sayang oii sayang .

barang keempat ..


bangga betul dapat jadi pengawas sekolah dulu-dulu . apa lagi , dengan pangkat yang dikira bukan semua orang boleh sandang . macam tak percaya pun ada . Farhana yang lemah lembut ni seorang pengawas . *perasan tak habis-habis!*
jangan nilai pada luaran , dalaman pun kita kena ambil tahu . name tag ni sebagai kenangan ana di sekolah tercinta , SMK Seri Serating (2009-2010) .

barang kelima ..




nampak tak ? gambar ketiga tu tak tahu la kenapa . biar kan , abaikan okay .
belek punya belek tersenyum sorang-sorang pulak . tak sangka secret admire pun tersenarai sekali dalam senarai nama tu . ni semua masa ana form 3 kat SMK Merchang . *cehh nak promote nama seklah pulak*

barang keenam ni agak special . ni la something yang ana sayang sangat-sangat . tak sangka masih dalam simpanan ana even 8 tahun sudah berlalu . nak tahu apa , tengok gambar kat bawah ..


taraaa ! diari comel budak-budak hingusan . dalam catatan buku ni , ana beli masa lawatan ke Kuala Lumpur pada tahun 2005 . banyak kisah jugak dalam ni . sedih , kecewa , happy semua tercatat dalam ni . yang pelik , macam mana laa ada tercatat nama Mohd Ameer Safrie Bin Kamal . mengisahkan tentang perkenalan ana dan dia . dan jugak kisah cinta monyet zaman sekolah rendah . huhuhu . bayangkan betapa jimatnya pages diari ni sampaikan kisah cinta yang bermula dari Darjah 6 hingga Tingkatan 3 . *saving laa sangat kan?*

barang ketujuh ..


tengok , dah carik-carik dah sampul surat tu . bukan satu surat je yang ada kat dalam tu , berpucuk-pucuk . and most important , biodata ucux kita ada lagi la ! rasa nak melompat sebab jumpa balik biodata dia . tapi sayang , dakwat pada kertas tu separuh je yang ada , separuh lagi hilang dek ditelan tahun demi tahun . *hahahah ayat bm A+!*
"abang , mesti abang tak caya kan T masih simpan biodata yang abang kasi masa form 3 tu?" 
*acting gedix jap*



setiap barang mempunya rahsia dan kenangan disebaliknya . walaupun ia murah tapi tetap punya nilai yang tinggi kepada pemiliknya . begitu juga kenangan . 

"memory never fade away and its tstay forever in heart"







I'M BACK

hampir setahun tinggalkan dunia blog and now i'm back. dalam tempoh ni, macam-macam berlaku, ada pahit ada manis yang sem...