Thursday, April 4, 2013

salam jumaat

mulakan sesuatu dengan Bismillah , moga-moga bertempiaran segala anasir-anasir yang tak baik . pepagi macam ni , memang suka buat kecoh . saja , untuk hiburkan hati yang tengah lara . huhu lara laa sangat kan ?
 
menangis dan bersedih bukanlah bererti kita hilang harapan . jauh sekali untuk menjadikan kita putus dengan rahmat ALLAH . sesekali menangis , hati kita akan bangkit sedar bahawa kita hanyalah hambaNya yang lemah dan kerdil . sesekali menangis , percayalah bukan ALLAH tidak tahu betapa hancur dan luluhnya hati kita menanggung kecewa dan sedih . tetapi Dia mahu kita rapat padaNya . lantaran hati-hati beginilah yang lebih lunak dan lembut beribadat kepadaNya .



ketika orang sekeliling menjauhi kita , kenapa kita perlu bersedih ? 


apabila bersendirian , jangan kita katakan , "aku sunyi ..."sebaliknya bisikkan ke dalam hati , "pada ku sentiasa ada Pemerhati !"


ketika kita gembira , perlu ke heboh pada satu dunia , kita sedang mengecapi apa yang kita mahukan ?

alangkah lebih baik jika kamu mensyukuri segala nikmat yang Allah beri daripada terus menghitung kekuranganmu .





"perempuan kekuatannya ialah kesabaran . jika kesabaran dia hilang , pasti dia akan marah . jika marah dia pendam , pasti dia akan menangis .."


Ya Allah , jadikanlah kami seorang pemaaf yang mampu membalas keburukan dengan kebaikan dan membalas kebencian dengan kasih sayang . Aamiin 








No comments:

I'M BACK

hampir setahun tinggalkan dunia blog and now i'm back. dalam tempoh ni, macam-macam berlaku, ada pahit ada manis yang sem...