Monday, November 26, 2012

celoteh den

awat la tetiba ja jari jemari den gatai nak taip taip ? den ni bukan in mood sangat tapi bila bukak ja den punya blog , rindu pulak nak taip menaip ni . exercise tangan la kata kan , kan ? hehe mengarut mengaban pulak malam malam ni . sebenarnya , den baru ja balik daripada tempat belajar den kat perlis . ehh , ni kan cuti , memang kena balik la . kalau tak balik , mau duk sesorang dalam bilik ? cuti ni , cuti sebelum masuknya sem baru . tapi , apa yang menyeronokkan den , den dah tak payah susah susah beli tiket  p perlis . kenapa ? sebabnya sem depan den kena LI . ishhh pa dia LI ni ? laa tak taw ka ? LI ni singkatan untuk Latihan Industri / praktikal . maknanya , cuti 2 minggu lebih ni harus dimanfaatkan sebaik mungkin sebelum melangkah ke alam pekerjaan sementara . ingat ingat balik , cuak juga rasa ni . almaklum la , sebelum ni pun tak pernah ada pengalaman kerja . kalau dulu , lepas habis SPM , kawan kawan semuanya duk sibuk kerja tapi den sibuk duk bina badan kat rumah . *tapi , tak naik naik pun!* jadinya , bimbang , takut , happy semuanya bergabung and tunggu masa untuk meletup ja ni ! huhu seram sejuk pun ada .

melalut apa tah ni . cot cet cot cet bagai mak nenek . ehh bia la , hak berceloteh hak blogger . kan ? memang tak habis la kalau nak cerita pasal perasaan den yang sedang menunggu masa untuk LI ni . so , malas nak panjangkan , makin dipanjangkan makin terfikir fikir . bukan bermaksud den tak ada semangat and kekuatan untuk tempuh semua tu tapi , den rasa tak bersedia lagi . dengan fizikal yang kecil molek ni , mampu ke den ? bak kata kawan den sorang ni , " hai ketot , bila la nak besar?? " kawan , kau memang terbaik ! dah panggil den KETOT , pastu cakap camtu kat den . apa pun , den memang tak ambil hati langsung sebab den taw kau cuma melawak ja kan ? sekurangnya , kau buatkan den ketawa and senyum . awet muda la den ! 

dengan adanya statement KETOT , den terfikir , kecik sangat ke den ni ? den try tanya adik , dia cakap , "memang nyata kecik pun ! " huh , sentap den . tapi langsung tak touching . den lagi suka sebab antara kami memang camni . yela , kalau dulu start form 1 hingga form 5 , den mana la tinggal kat rumah . rumah den kat asrama . and now , belajar jauh nun di utara . memang tak la kami boleh duk sembang lama lama . kekadang kalau balik cuti ja kami duduk sama sama then bual apa yang patut . yang paling den suka bila kami cerita pasal arwah abah . pastu nangis ramai ramai . rasa macam sweet ja sebab hati kami ni sama . apatah lagi , adik beradik den semuanya GIRL . 

hai nak cerita semua dalam satu masa and satu entry ni rasanya sampai ber'pages pun tak habis . selagi perjalanan hidup kita ditentukan , selagi tu tiada noktahnya . baik buruk lain cerita . kalau boleh , nak je rakam semua tentang hidup ni . hari ni rakam , esok tengok rakaman tu . pasti senyum sorang sorang , kan ? alahai tinggi beno angan angan den . ehh angan angan tak salah , asalkan tak melalaikan kita , kan ? kadang , bila kita ingat balik apa yag berlaku sepanjang hari ini dan sebelumnya , kita dapat nilai ada manis ada pahitnya nilai kehidupan . tapi tu semua dah jadi kenangan yang tak mungkin kita boleh ulang . kalau boleh pun , dalam ingatan kita ja , dan tak pada orang lain . so , bila dah lalui macam macam untuk hari ini , kita akan fikir , macam mana untuk hari esok aku ? adakah manisnya seperti hari ini ? adakah pahitnya makin terasa ? jadi , dari situ , kita akan nilai balik , apa yang perlu aku lakukan untuk tidak mengulangi pahit itu dan kalau boleh , yang manis tu kita nak kekalkan , tak nak lari walau sesaat pun . sebab kita taw , yang manis tu takkan sama dan tak kan pernah sama dengan apa yang kita dah lalui . so , hargai lah hidup anda ~~

ni la jadinya bila melalut tak ingat dunia . satu entry , semua nak masuk sekali gus . by the way , den cuba untuk kawal perasaan ni daripada terus berkata kata . jadinya kena habiskan ayat disini ja la . taip panjang panjang ada ke yang kisah ? tak de kan ? sebab ni apa yang den rasa dalam hidup den . den happy dengan apa yang den buat sekarang . den dapat luahkan apa yang den rasa . akhiri celoteh dengan salam sayang :')

No comments:

I'M BACK

hampir setahun tinggalkan dunia blog and now i'm back. dalam tempoh ni, macam-macam berlaku, ada pahit ada manis yang sem...