Sunday, November 4, 2012

bingkisan buat anak sulung



BINGKISAN BUAT ANAK SULUNG ^_^


 sedang asyik ana stalk wall RAPI PTSS , ana terjumpa satu post akak comel yang nyata menarik minat ana . nak tahu apa kisahnya ? jom ana kongsikan dengan kalian semua ye :)

kali ini, ana ingin kongsikan sedikit perkongsian yang berkaitan dengan anak sulung . haa , siapa anak sulung kat sini , sila angkat tangan . ehh lupa pula , kalau kalian angkat tangan sekalipun , mana mungkin ana nampak kan ? tak apa .. kalian tahu tak , betapa beruntungnya jika kita menjadi ana sulung . yang ana kongsikan disini , ana ambil daripada akak Nabila . mohon copy paste akak , sekadar perkongsian yang insyaAllah memberi motivasi kepada sahabat-sahabat yang merupakan anak sulung .. :)




amma ba'du ..

" kenapa adik A dapat laptop ? baru tingkatan empat ! dulu saya beli laptop di universiti guna duit biasiswa ! "
" yelah , dulu saya jalan kaki je dalam kampus , adik B boleh pula mama belikan dia kereta ! "

" sampai hati ayah , tiap-tiap hari 'topup' kan untuk adik C. untunglah dia , bukan macam aku ."

"menyampah aku tengok adik D , mama asyik urutkan kaki dia je . kaki aku ni lenguh-lenguh tak de pulak aku mengada-ngada macam dia ! "

" tak adil betul mak dan ayah , saya bertunang dulu tak buat besar-besaran macam adik E pun ! "

" aku pun jarang balik juga , tapi mak asyik masakkan masakan kegemaran adik F je . benci "

ungkapan ini selalu kita dengar dari mulut anak-anak sulung kan ?
 
kenapa selalu terjadi begini ?
sedangkan jarak umur tidak begitu jauh , kadang-kadang kita dengan adik-adik selang setahun sahaja. sedangkan kita pun belajar rajin-rajin untuk ambil hati mak ayah kita.

sedangkan kita pun berlumba-lumba buat baik untuk dapat secebis perhatian mereka.
sedangkan kita pun berusaha untuk penuhi sagala impian ibu bapa kita.
sedangkan kita tak putus-putus doakan mereka , dalam doa , setiap ingatan kita adalah untuk mereka.
pendek kata semuanya , segalanya telah kita cuba lakukan untuk menawan hati mereka.
tapi , kita masih gagal , berasa ibu bapa kita tidak adil , pilih kasih dan lebih suka melebih-lebihkan adik-beradik yang lain !
kenapa ya ?

wahai anak-anak sulung dan mungkin sulung ..
bersabar banyak-banyak . sebenarnya inilah peluang kita untuk mengadu pada Allah sebanyak-banyaknya , betapa sedih hati kita , betapa kecewanya kita dengan sikap ibubapa kita . jangan risau anak-anak sulung. ALLAH Maha Menghitung , setiap niat di hati kecil kita , setiap apa yang kita usahakan , setiap kebaikan yang kita cuba lakukan , semuanya Allah hitung . jika mereka tidak memandang , jika mereka tidak sebut-sebut , anggap sahaja usaha itu sebagai percubaan kita untuk membalas jasa mereka yang tidak ternilai besarnya di dunia ini . tidak rugi kita membuat kebaikan pada mereka , malah Allah janjikan syurga bagi mereka yang berbuat baik pada ibubapa . mereka berdua ialah insan yang paling banyak menggembirakan kita sewaktu kecil dulu . mereka berdua ialah insan yang paling gembira semasa kita dilahirkan ke dunia ini . besarnya jasa mereka tetap tidak dapat kita balas walau dengan segunung emas . apalah kecilnya kebaikan kita jika hendak dibandingkan dengan susah payah mereka dahulu ?

anak-anak  sulung yang disayangi Allah ..
lihat ke belakang , mungkin ada silap kita yang menyakiti hati mereka tanpa kita sedari  ?
mungkin kata-kata kita selalu pedas ? atau terlalu banyak bunga-bunga " api " dalam kata-kata kita kepada mereka ?
mungkin ada perbuatan kita yang terus-terusan membuat mereka benci atau ada sikap kita yang membuatkan mereka 'fed-up' dan rimas ? pengotor , atau suka marah-marah ?

mungkin kita suka mengungkit-ungkit kebaikan yang kita lakukan pada mereka ?
cuba muhasabah kembali apa sikap yang ibubapa kita benci ? atau risik-risik pada adik-adik yang menjadi 'anak emas' mereka , manalah tahu kalau-kalau ibubapa kita mengadu pada mereka . sekurang-kurangnya kalau sudah jelas , boleh juga kita cuba berubah . ya tak ? cubalah .

peralihan zaman juga mungkin sebabnya . dulu ibubapa kita susah , gaji tidaklah sebesar gaji sekarang . nak makan di luar pun susah , apatah lagi nak bermewah-mewahan . tapi sekarang , adik-adik beruntung , apa sahaja yang di'godek-godek' pada ibu , semuanya akan dibeli . apa saja yang di'ngomel-ngomel' pada ayah . terus boleh dapat . betul kan ?

sebenarnya kita bertuah ..
bertuah kerana Allah telah memilih kita bersama-sama mengharungi hidup 'susah' dahulu dengan ibubapa kita . mungkin waktu itu adik-adik kita masih kecil dan tidak tahu apa-apa . mereka terlepas saat-saat sukar yag mengikat hati , menambah sayang kita pada ibubapa kita . kita menyaksikan 'kesusahan' mereka di depan mata kita , membuatkan kita nekad untuk memberi yang terbaik dalam hidup kita untuk mereka . adik-adik merasai kemewahan hari ini tanpa melalui 'kesusahan' dahulu , itu rezeki mereka . percayalah , rezeki kita tetap ada . Allah kan Maha Adil ?

bertuah lagi sebab kita tidak menyusahkan ibubapa kita dengan meminta itu dan ini . tidak memberatkan mereka dengan permintaan kita , walaupun ibubapa kita mampu . kita anak-anak sulung yang baik , meringankan ibubapa kita . nak meminta-minta tak sampai hati , kan ? mereka pun tak pening kepala nak penuhi permintaan kita . bertuah kan kita ?

ada lagi bertuah ? bertuah lagi sebab ibubapa kita sebenarnya menganggap kita sudah pandai berdikari dan boleh menguruskan diri . anak sulung hatinya kuat . apa sahaja boleh buat . sayang adik-adik , selalu mengalah . sayang ibubapa , selalu menolong apa sahaja  , sebab kita besar daripada adik-adik . sebab itu ibubapa kita kurang memberi-beri pada kita , baik pada kasih sayang , mahupun material . kita kan anak sulung yang hebat ?

buat anak-anak sulung yang memang Allah kasihi , 
sesungguhnya setiap manusia diuji dengan ujian yang berbeza . bukan kita sahaja yang diuji sebegini , ramai lagi yang lebih hebat ujiannya . ada mereka yang tidak pernah merasa kasih sayang ibubapa sejak lahir lagi . cukuplah ibubapa kita telah berjaya membesarkan kita , merasa kasih sayang mereka sejak kita kecil . ibubapa kita juga manusia , tidak lepas daripada membuat kesilapan . mana ada ibubapa yang bencikan anak  , cuma kadang-kadang mereka terlepas pandang anak sulung mereka ini , atau mereka sedang berkecil hati dengan kita . maafkanlah mereka , bersangka baik dan jangan berhenti membuat kebaikan kepada mereka . jangan sesekali menghitung kebaikan kita kepada mereka . jadilah anak sulung yang cekal , baik hati dan sentiasa berserah segalanya pada Allah . " sayang ibu berkorban nyawa , sayang ayah berkorban jiwa ." terus kuat ya anak-anak sulung !




dah baca semuanya ? pasti yang tidak ada satu perkataan pun yang tertinggal ? :') menarik kan ? diselitkan dengan kata-kata semangat , nasihat dan juga pedoman untuk kita . bukan hanya untuk anak-anak sulung , malah kita sebagai anak bawah sulung juga boleh ambil masa sejenak untuk berfikir . betapa besarnya jasa ibu kita , pengorbanan ayah kita semata untuk memberi keselesaan untuk kita jalani kehidupan . 
bagi sesiapa yang masih ada kedua orang tua tersayang , jangan abaikan . teruslah menyayangi mereka , mengasihi mereka . bagi yang telah kehilangan orang tua tercinta , anda masih boleh menabur kasih dan sayang anda . sedekahkan Al-Fatihah dan ayat-ayat suci yang bisa menenangkan mereka disana . wallahu'alam . :')



No comments:

I'M BACK

hampir setahun tinggalkan dunia blog and now i'm back. dalam tempoh ni, macam-macam berlaku, ada pahit ada manis yang sem...