Monday, November 26, 2012

celoteh den

awat la tetiba ja jari jemari den gatai nak taip taip ? den ni bukan in mood sangat tapi bila bukak ja den punya blog , rindu pulak nak taip menaip ni . exercise tangan la kata kan , kan ? hehe mengarut mengaban pulak malam malam ni . sebenarnya , den baru ja balik daripada tempat belajar den kat perlis . ehh , ni kan cuti , memang kena balik la . kalau tak balik , mau duk sesorang dalam bilik ? cuti ni , cuti sebelum masuknya sem baru . tapi , apa yang menyeronokkan den , den dah tak payah susah susah beli tiket  p perlis . kenapa ? sebabnya sem depan den kena LI . ishhh pa dia LI ni ? laa tak taw ka ? LI ni singkatan untuk Latihan Industri / praktikal . maknanya , cuti 2 minggu lebih ni harus dimanfaatkan sebaik mungkin sebelum melangkah ke alam pekerjaan sementara . ingat ingat balik , cuak juga rasa ni . almaklum la , sebelum ni pun tak pernah ada pengalaman kerja . kalau dulu , lepas habis SPM , kawan kawan semuanya duk sibuk kerja tapi den sibuk duk bina badan kat rumah . *tapi , tak naik naik pun!* jadinya , bimbang , takut , happy semuanya bergabung and tunggu masa untuk meletup ja ni ! huhu seram sejuk pun ada .

melalut apa tah ni . cot cet cot cet bagai mak nenek . ehh bia la , hak berceloteh hak blogger . kan ? memang tak habis la kalau nak cerita pasal perasaan den yang sedang menunggu masa untuk LI ni . so , malas nak panjangkan , makin dipanjangkan makin terfikir fikir . bukan bermaksud den tak ada semangat and kekuatan untuk tempuh semua tu tapi , den rasa tak bersedia lagi . dengan fizikal yang kecil molek ni , mampu ke den ? bak kata kawan den sorang ni , " hai ketot , bila la nak besar?? " kawan , kau memang terbaik ! dah panggil den KETOT , pastu cakap camtu kat den . apa pun , den memang tak ambil hati langsung sebab den taw kau cuma melawak ja kan ? sekurangnya , kau buatkan den ketawa and senyum . awet muda la den ! 

dengan adanya statement KETOT , den terfikir , kecik sangat ke den ni ? den try tanya adik , dia cakap , "memang nyata kecik pun ! " huh , sentap den . tapi langsung tak touching . den lagi suka sebab antara kami memang camni . yela , kalau dulu start form 1 hingga form 5 , den mana la tinggal kat rumah . rumah den kat asrama . and now , belajar jauh nun di utara . memang tak la kami boleh duk sembang lama lama . kekadang kalau balik cuti ja kami duduk sama sama then bual apa yang patut . yang paling den suka bila kami cerita pasal arwah abah . pastu nangis ramai ramai . rasa macam sweet ja sebab hati kami ni sama . apatah lagi , adik beradik den semuanya GIRL . 

hai nak cerita semua dalam satu masa and satu entry ni rasanya sampai ber'pages pun tak habis . selagi perjalanan hidup kita ditentukan , selagi tu tiada noktahnya . baik buruk lain cerita . kalau boleh , nak je rakam semua tentang hidup ni . hari ni rakam , esok tengok rakaman tu . pasti senyum sorang sorang , kan ? alahai tinggi beno angan angan den . ehh angan angan tak salah , asalkan tak melalaikan kita , kan ? kadang , bila kita ingat balik apa yag berlaku sepanjang hari ini dan sebelumnya , kita dapat nilai ada manis ada pahitnya nilai kehidupan . tapi tu semua dah jadi kenangan yang tak mungkin kita boleh ulang . kalau boleh pun , dalam ingatan kita ja , dan tak pada orang lain . so , bila dah lalui macam macam untuk hari ini , kita akan fikir , macam mana untuk hari esok aku ? adakah manisnya seperti hari ini ? adakah pahitnya makin terasa ? jadi , dari situ , kita akan nilai balik , apa yang perlu aku lakukan untuk tidak mengulangi pahit itu dan kalau boleh , yang manis tu kita nak kekalkan , tak nak lari walau sesaat pun . sebab kita taw , yang manis tu takkan sama dan tak kan pernah sama dengan apa yang kita dah lalui . so , hargai lah hidup anda ~~

ni la jadinya bila melalut tak ingat dunia . satu entry , semua nak masuk sekali gus . by the way , den cuba untuk kawal perasaan ni daripada terus berkata kata . jadinya kena habiskan ayat disini ja la . taip panjang panjang ada ke yang kisah ? tak de kan ? sebab ni apa yang den rasa dalam hidup den . den happy dengan apa yang den buat sekarang . den dapat luahkan apa yang den rasa . akhiri celoteh dengan salam sayang :')

Wednesday, November 14, 2012

no title







hanya entry gambar je untuk kali ni . :') 

kadangkala kesakitan itu yang melahirkan kekuatan agar kita lebih TABAH dan SABAR :')

salam sayang , ana ..





Tuesday, November 6, 2012

SEGMENT : CINTA

...............................

" saya pula nak cari tulang rusuk saya . saya rasa saya dah betul betul serius dengan awak . "

" mesti lah sayang . awak bakal isteri saya . saya harap sangat kita akan dapat apa yang kita impikan . saya harap sangat saya dapat jaga awak . "

" ya Allah ,
dakaplah erat erat dirinya agar dia tidak pernah rasa ingin meninggalkanMU walaupun ditinggalkan sekalian makhluk ..
balutilah hatinya dengan kesucianMU agar dia tidak pernah dikotori walaupun disekililingnya dipenuhi coretan hitam maksiat ..
sertailah setiap langkkahnya agar dia sentiasa dituntun ke arah jalanMU walaupun dalam kembaranya ditaburi dengan duri duri ujian yang menyakitkan ..
peliharalah dirinya kerana hanya Engkau lah sebaik baik Pemelihara ..

moga Allah melimpahkan rahmat dan kasih sayangNYA buat awak , aamiin .. "

" saya selalu ingin awak tahu , saya sudah jadikan awak sebahagian dari kecintaan saya kerana Allah .. saya ingin awak selalu mengerti , saya perlukan doa dari awak agar tetapkan saya di jalan ini .. saya ingin awak faham , saya banyak kelemahan yang mungkin telah lukai hati awak , membuatkan awak tidak senang dengan saya .. awak orang pertama di hati saya .. maafkan setiap khilaf saya , mungkin tak mampu untuk saya hilangkan luka di hati awak .. tapi saya selalu berharap untuk jadi imam awak .. saya cuba untuk jaga hubungan ini kerana saya yakin yang kita tertaut hanya kerana cintaNYA . "

........................................

sungguh indah Allah kurniakan kepada hamba-hambanya fitrah yang saling ingin dikasihi , disayangi dan dicintai . lagi indah jika kita mengindahkannya dengan satu ikatan yang halal .. :')




bingkisan untuk kaum Adam ,
untuk di usiaku ini , aku tidak memerlukan seorang lelaki yang hanya untuk dijadikan teman tapi mesra . tetapi aku memerlukan seorang lelaki untuk dijadikan teman dalam solatku , sebagai imamku , sebagai pemimpinku , sebagai pendidikku , sebagai pemilik fitrah cinta sesama manusia .. :')

..............................................







Sunday, November 4, 2012

bingkisan buat anak sulung



BINGKISAN BUAT ANAK SULUNG ^_^


 sedang asyik ana stalk wall RAPI PTSS , ana terjumpa satu post akak comel yang nyata menarik minat ana . nak tahu apa kisahnya ? jom ana kongsikan dengan kalian semua ye :)

kali ini, ana ingin kongsikan sedikit perkongsian yang berkaitan dengan anak sulung . haa , siapa anak sulung kat sini , sila angkat tangan . ehh lupa pula , kalau kalian angkat tangan sekalipun , mana mungkin ana nampak kan ? tak apa .. kalian tahu tak , betapa beruntungnya jika kita menjadi ana sulung . yang ana kongsikan disini , ana ambil daripada akak Nabila . mohon copy paste akak , sekadar perkongsian yang insyaAllah memberi motivasi kepada sahabat-sahabat yang merupakan anak sulung .. :)




amma ba'du ..

" kenapa adik A dapat laptop ? baru tingkatan empat ! dulu saya beli laptop di universiti guna duit biasiswa ! "
" yelah , dulu saya jalan kaki je dalam kampus , adik B boleh pula mama belikan dia kereta ! "

" sampai hati ayah , tiap-tiap hari 'topup' kan untuk adik C. untunglah dia , bukan macam aku ."

"menyampah aku tengok adik D , mama asyik urutkan kaki dia je . kaki aku ni lenguh-lenguh tak de pulak aku mengada-ngada macam dia ! "

" tak adil betul mak dan ayah , saya bertunang dulu tak buat besar-besaran macam adik E pun ! "

" aku pun jarang balik juga , tapi mak asyik masakkan masakan kegemaran adik F je . benci "

ungkapan ini selalu kita dengar dari mulut anak-anak sulung kan ?
 
kenapa selalu terjadi begini ?
sedangkan jarak umur tidak begitu jauh , kadang-kadang kita dengan adik-adik selang setahun sahaja. sedangkan kita pun belajar rajin-rajin untuk ambil hati mak ayah kita.

sedangkan kita pun berlumba-lumba buat baik untuk dapat secebis perhatian mereka.
sedangkan kita pun berusaha untuk penuhi sagala impian ibu bapa kita.
sedangkan kita tak putus-putus doakan mereka , dalam doa , setiap ingatan kita adalah untuk mereka.
pendek kata semuanya , segalanya telah kita cuba lakukan untuk menawan hati mereka.
tapi , kita masih gagal , berasa ibu bapa kita tidak adil , pilih kasih dan lebih suka melebih-lebihkan adik-beradik yang lain !
kenapa ya ?

wahai anak-anak sulung dan mungkin sulung ..
bersabar banyak-banyak . sebenarnya inilah peluang kita untuk mengadu pada Allah sebanyak-banyaknya , betapa sedih hati kita , betapa kecewanya kita dengan sikap ibubapa kita . jangan risau anak-anak sulung. ALLAH Maha Menghitung , setiap niat di hati kecil kita , setiap apa yang kita usahakan , setiap kebaikan yang kita cuba lakukan , semuanya Allah hitung . jika mereka tidak memandang , jika mereka tidak sebut-sebut , anggap sahaja usaha itu sebagai percubaan kita untuk membalas jasa mereka yang tidak ternilai besarnya di dunia ini . tidak rugi kita membuat kebaikan pada mereka , malah Allah janjikan syurga bagi mereka yang berbuat baik pada ibubapa . mereka berdua ialah insan yang paling banyak menggembirakan kita sewaktu kecil dulu . mereka berdua ialah insan yang paling gembira semasa kita dilahirkan ke dunia ini . besarnya jasa mereka tetap tidak dapat kita balas walau dengan segunung emas . apalah kecilnya kebaikan kita jika hendak dibandingkan dengan susah payah mereka dahulu ?

anak-anak  sulung yang disayangi Allah ..
lihat ke belakang , mungkin ada silap kita yang menyakiti hati mereka tanpa kita sedari  ?
mungkin kata-kata kita selalu pedas ? atau terlalu banyak bunga-bunga " api " dalam kata-kata kita kepada mereka ?
mungkin ada perbuatan kita yang terus-terusan membuat mereka benci atau ada sikap kita yang membuatkan mereka 'fed-up' dan rimas ? pengotor , atau suka marah-marah ?

mungkin kita suka mengungkit-ungkit kebaikan yang kita lakukan pada mereka ?
cuba muhasabah kembali apa sikap yang ibubapa kita benci ? atau risik-risik pada adik-adik yang menjadi 'anak emas' mereka , manalah tahu kalau-kalau ibubapa kita mengadu pada mereka . sekurang-kurangnya kalau sudah jelas , boleh juga kita cuba berubah . ya tak ? cubalah .

peralihan zaman juga mungkin sebabnya . dulu ibubapa kita susah , gaji tidaklah sebesar gaji sekarang . nak makan di luar pun susah , apatah lagi nak bermewah-mewahan . tapi sekarang , adik-adik beruntung , apa sahaja yang di'godek-godek' pada ibu , semuanya akan dibeli . apa saja yang di'ngomel-ngomel' pada ayah . terus boleh dapat . betul kan ?

sebenarnya kita bertuah ..
bertuah kerana Allah telah memilih kita bersama-sama mengharungi hidup 'susah' dahulu dengan ibubapa kita . mungkin waktu itu adik-adik kita masih kecil dan tidak tahu apa-apa . mereka terlepas saat-saat sukar yag mengikat hati , menambah sayang kita pada ibubapa kita . kita menyaksikan 'kesusahan' mereka di depan mata kita , membuatkan kita nekad untuk memberi yang terbaik dalam hidup kita untuk mereka . adik-adik merasai kemewahan hari ini tanpa melalui 'kesusahan' dahulu , itu rezeki mereka . percayalah , rezeki kita tetap ada . Allah kan Maha Adil ?

bertuah lagi sebab kita tidak menyusahkan ibubapa kita dengan meminta itu dan ini . tidak memberatkan mereka dengan permintaan kita , walaupun ibubapa kita mampu . kita anak-anak sulung yang baik , meringankan ibubapa kita . nak meminta-minta tak sampai hati , kan ? mereka pun tak pening kepala nak penuhi permintaan kita . bertuah kan kita ?

ada lagi bertuah ? bertuah lagi sebab ibubapa kita sebenarnya menganggap kita sudah pandai berdikari dan boleh menguruskan diri . anak sulung hatinya kuat . apa sahaja boleh buat . sayang adik-adik , selalu mengalah . sayang ibubapa , selalu menolong apa sahaja  , sebab kita besar daripada adik-adik . sebab itu ibubapa kita kurang memberi-beri pada kita , baik pada kasih sayang , mahupun material . kita kan anak sulung yang hebat ?

buat anak-anak sulung yang memang Allah kasihi , 
sesungguhnya setiap manusia diuji dengan ujian yang berbeza . bukan kita sahaja yang diuji sebegini , ramai lagi yang lebih hebat ujiannya . ada mereka yang tidak pernah merasa kasih sayang ibubapa sejak lahir lagi . cukuplah ibubapa kita telah berjaya membesarkan kita , merasa kasih sayang mereka sejak kita kecil . ibubapa kita juga manusia , tidak lepas daripada membuat kesilapan . mana ada ibubapa yang bencikan anak  , cuma kadang-kadang mereka terlepas pandang anak sulung mereka ini , atau mereka sedang berkecil hati dengan kita . maafkanlah mereka , bersangka baik dan jangan berhenti membuat kebaikan kepada mereka . jangan sesekali menghitung kebaikan kita kepada mereka . jadilah anak sulung yang cekal , baik hati dan sentiasa berserah segalanya pada Allah . " sayang ibu berkorban nyawa , sayang ayah berkorban jiwa ." terus kuat ya anak-anak sulung !




dah baca semuanya ? pasti yang tidak ada satu perkataan pun yang tertinggal ? :') menarik kan ? diselitkan dengan kata-kata semangat , nasihat dan juga pedoman untuk kita . bukan hanya untuk anak-anak sulung , malah kita sebagai anak bawah sulung juga boleh ambil masa sejenak untuk berfikir . betapa besarnya jasa ibu kita , pengorbanan ayah kita semata untuk memberi keselesaan untuk kita jalani kehidupan . 
bagi sesiapa yang masih ada kedua orang tua tersayang , jangan abaikan . teruslah menyayangi mereka , mengasihi mereka . bagi yang telah kehilangan orang tua tercinta , anda masih boleh menabur kasih dan sayang anda . sedekahkan Al-Fatihah dan ayat-ayat suci yang bisa menenangkan mereka disana . wallahu'alam . :')



Thursday, November 1, 2012

celoteh ana

morning !
cuaca yang indah di negeri perlis , :) and mood ana semestinya happy and happy and happy . asyik smile je dari tadi . sebab apa pun tak taw la . syukur la sebab dah tak sedih macam hari hari sebelum ni . even tadi syok duk online twitter and facebook , terjentik sedikit rasa nak poke-poke someone ! hee mengarut sudah .
 
okeh , untuk entry kali ni , ana nak lebih happy go lucky . tak nak sedih sedih like entry yang lepas lepas .
nak dijadikan story monie pada kali ni , pagi tadi terkejut dari tidur terus capai towel untuk mandi . konon excited sangat nak pergi kelas . mana tak nya , hari ni ada test marketing , semangat  nak jawab test even semalam study cam steady je . ni angkara roomate ana yang tetibe je berubah menjadi badut ! hee , tak taw la apa yang tak kena dengan MIMIE . elok elok study , dia pula buat kecoh dengan lawak gedegangnya ! mau tak join sekaki . huhu sekurangnya , terhibur jugak hati ana ni . lepas tension gelak sama sama dengan minah kepoh ni . hee jangan marah eh mie sebab ngumpat awok . *bagi flying poke!*


ehh ter'over' pula ngumpat . jom continue balik cerita ana bangun pagi tadi . urmm punya la excited kan sampaikan sanggup mandi even sejuk . then lepas tunaikan kewajipan , roomate sorang lagi bagitahu KELAS TAK DE ! wahhh , tak tahu nak cakap apa . happy pun ada , kecewa pun ada . tapi yang peliknya  rasa happy lebih mengatasi rasa kecewa . hahaa pelik betul ana ni . awal awal punya la excited nak pegi kelas then bila tahu kelas batal , happy tak terkata . haa ni la dunia student bagi student yang mempunyai attitude like ana . kelas ada , pergi . kelas tak de , happy . aiyooo , entah bila la nak sedar dari mimpi ni . even exam around the corner , still steady macam tak de paper yang perlu ana ambil untuk exam . belagak betul ! *opppsss terngumpat diri sendiri pulak!*


pagi ni juga , disebabkan dapat tahu last minute kelas tak de , dengan semangat berkobar-kobar nak siapkan  END OF CHAPTER yang baru di kasi oleh lecturer tersayang , ENCIK ANAS . tiba tiba MIMIE pula kacau daun . semput semangat bila mimie minta tukar lagu untuk blog mimie . aishhhh terbang terus mood study . dah elok cari lagu yang mimie nak , lagu tu pula tak berfungsi . ni yang bikin panas ni . hee mimie pula dengan perasaan kecewa , try la lagu satu lagi yang jadi favourite . alih alih lagu tu pun sama . alahai mie , sabar eh , and tengok , blog awak dah berubah rentak dah . tak kecuali blog saya , hee .

 
jadinya , blog ana yang slow motion rentak dah bertukar kepada medium rentak . best juga lagu yang bermain di blog ana ni kan ? hee ana suka rentak lagu . :)
okeh la , da tak tahu nak celoteh kan apa lagi . facebook dah , twitter dah , blog pun dah . apa lagi yang belum ? study ? memang tak la . mata ni dah tak tahu la . dah mula nampak katil and bantal ni . parah parah !   oke la daripada terus cot cet entah pape , baik ana stop kat sini . insyaAllah ana akan sambung celoteh di lain masa . blink blink da ni . terima kasih kepada sesape yang sudi jenguk and buka mata luas luas untuk baca entry ana ni . nak bagi upah , memang tak la , maaf :D oke , lain kali sudi sudi lagi ehh baca . hee

salam sayang , ana ^__^

I'M BACK

hampir setahun tinggalkan dunia blog and now i'm back. dalam tempoh ni, macam-macam berlaku, ada pahit ada manis yang sem...