Friday, September 28, 2012

air mata seorang lelaki



air mata seorang lelaki ,
andai mengalir kerana kecewa dengan cinta wanita ,
maka hilanglah sifat pemimpinnya ..

air mata seorang lelaki ,
andai mengalir kerana kecewa dengan dunia ,
maka hilanglah sifat redhanya ..


air mata seorang lelaki ,
andai mengalir kerana tidak sanggup melihat kesusahan orang tuanya ,
maka terbitlah sifat belas ehsannya ..


air mata seorang lelaki ,
andai mengalir kerana terluka ,
maka hilanglah sifat kekuatannya ..

air mata seorang lelaki ,
andai mengalir kerana takutkan Allah SWT ,
maka bergembiralah ,
kerana air mata yang sedikit itu mampu 
memadamkan api neraka kelak ..

Rasulullah S.A.W telah bersabda:
"Bahawa tidak akan masuk neraka orang menangis kerana takut kepada Allah S.W.T sehingga ada air susu kembali ke tempat asalnya."


No comments:

I'M BACK

hampir setahun tinggalkan dunia blog and now i'm back. dalam tempoh ni, macam-macam berlaku, ada pahit ada manis yang sem...