Tuesday, September 11, 2012

19 KEISTIMEWAAN WANITA BERBANDING LELAKI



jangan sesekali menyesal dengan kejadian anda sebagai seorang insan yang bergelar WANITA , malah bersyukur lah ! jom intai-intai apa entry ana untuk kali ini :)

INDAHNYA CIPTAAN ALLAH SWT ..

1) doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda .. " Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia" .

2) wanita yang solehah itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh .

3) barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah. Dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya .

4) wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama Rasulullah SAW di dalam syurga .

5) barangsiapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumahnya lalu diberikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan amalan bersedekah. hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail .

6) syurga itu di bawah tapak kaki ibu .

7) barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta sikap tanggungjawab , maka baginya adalah syurga .

8) apabila memanggil akan dirimu dua orang ibu bapamu , maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu .

9) daripada Aisyah ra , " barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka , maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka .

10) wanita yang taat berkhidmat kepada suami akan tertutuplah pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga . masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab .

11) wanita yang taat pada suaminya , maka semua ikan-ikan di laut , burung di udara , malaikat di langit , matahari dan bulan semua beristigfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga solat dan puasanya .

12) Aisyah ra berkata , " aku bertanya kepada Rasulullah , siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita ? jawab Rasulullah SAW "suaminya. "siapa pula berhak terhadap lelaki?" jawab Raulullah SAW , "ibunya" .

13) perempuan apabila sembahyang lima waktu , puasa di bulan Ramadhan , memelihara kehormatannya serta patuh kepada suaminya , masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki .

14) tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama , maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu daripadanya (10000 tahun) .

15) apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya , maka beristigfar para malaikat untuknya . Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1000 kejahatan .

16) apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin , maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah .

17) apabila seseorang perempuan melahirkan anak , keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya .

18) apabila telah lahirnya anak lalu disusui , maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan .

19) apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit , maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT .

WALLAHU'ALAM ..


mak : tahu tak kenapa mak sayang sangat kamu ?
anak : sebab saya anak mak kan ?
mak : tapi alasan yang lebih hebat daripada itu ..
anak : apa tu mak ?
mak : kerana boleh jadi kamu lah penyelamat mak di kubur nanti andai malaikat sedang mahu memalu dan memukul jasad mak nanti ..
anak : mak ! janganlah ..
mak : jadi anak soleh ye .. mak perlukan doamu di sana nak .. (mak itu lantas mengalirkan air mata cinta)


andai lelaki tahu ...
sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri . tetapi sekiranya mereka saling memahami , mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan .
perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali . di sebalik air matanya , tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya . biarpun zahirnya perempuan itu nampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncangkan dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki jadi lemah kerananya .
jadi hargailah seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna . Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya , isteri dan juga ibu yang terbaik untuk anda dan anak-anak anda ..  :) 


* wahai lelaki , jika benar kau kasih & cintakan wanita itu , *
- jagalah dia dengan baik
-kasihanilah dia , lindungilah dia
-berilah kasih sayang padanya
-hargailah dia
-ucapkan terima kasih atas kelebihannya
-nasihatilah dia
-bawalah dia ke jalan Allah
-perbetulakn kesilapannya
-bersabar dengannya
-terimalah & cintailah kekurangannya
-jadi imam terbaik & redhalah padanya
~moga dia menunggumu di syurga sebagai bidadarimu .. , aamiin . ~








1 comment:

Cik Ain said...

anda di tag di entry

http://celotehbudakkechiq.blogspot.com/2012/09/contest-my-blog-superb-by-fatimah.html

I'M BACK

hampir setahun tinggalkan dunia blog and now i'm back. dalam tempoh ni, macam-macam berlaku, ada pahit ada manis yang sem...