Friday, September 28, 2012

air mata seorang lelaki



air mata seorang lelaki ,
andai mengalir kerana kecewa dengan cinta wanita ,
maka hilanglah sifat pemimpinnya ..

air mata seorang lelaki ,
andai mengalir kerana kecewa dengan dunia ,
maka hilanglah sifat redhanya ..


air mata seorang lelaki ,
andai mengalir kerana tidak sanggup melihat kesusahan orang tuanya ,
maka terbitlah sifat belas ehsannya ..


air mata seorang lelaki ,
andai mengalir kerana terluka ,
maka hilanglah sifat kekuatannya ..

air mata seorang lelaki ,
andai mengalir kerana takutkan Allah SWT ,
maka bergembiralah ,
kerana air mata yang sedikit itu mampu 
memadamkan api neraka kelak ..

Rasulullah S.A.W telah bersabda:
"Bahawa tidak akan masuk neraka orang menangis kerana takut kepada Allah S.W.T sehingga ada air susu kembali ke tempat asalnya."


Thursday, September 27, 2012

BAKAL IMAMKU

Ya Allah ,
Kala hati ini terdetik mengingati si dia ,
Bantulah diriku Ya Allah !
Tuntunlah hatiku agar tidak terpesong hatiku dariMU ..

Biarlah ingatanku padanya dalam bisikan doaku ,
Perantaraan antara kami ,
Disampaikan olehMU padanya ..

Jangan biarkan rindu , kasih , sayang dan cintaku padanya ,
Melebihi cintaku , rinduku , kasihku dan sayangku padaMU Ya Allah ..
Peliharalah aku dan juga dirinya daripada fitnah yang membinasakan ..

Ya Allah ,
Sesungguhnya , benar aku sangat merinduinya ..
Sesungguhnya , benar aku terlalu menyayanginya ..
Sesungguhnya , benar aku amat cintakannya ..
Sesungguhnya , benar aku terlalu kasihkannya ..

Ya Allah ,
Bantulah diriku ..
Jika benar dia yang Engkau utuskan untuk menjagaku ,
Jika benar dia yang Engkau utuskan untuk memimpinku ,
Jika benar dia yang Engkau utuskan untuk menyayangiku ,
Jika benar dia yang Engkau utuskan untuk mencintaiku ,
Jika benar dia yang Engkau utuskan untuk mengasihiku ,
Maka ,
Jangan biarkan dia terlalu leka dengan nikmat dunia ,
Ingatilah dia dengan ujianMU padanya Ya Allah ..

Ya Allah ,
Seperti mana aku mahukan dia ,
Seperti itu juga dia inginkan diriku ,
Sedarkanlah kami Ya Allah ,
Bahawa tiada yang lebih mengagumkan selain kasih sayangMU ..

Ya Allah ,
Jagakan dia untukku ,
Tuntunlah dirinya ,
Peliharalah hatinya ,
Kurniakanlah kesabaran dan ketaqwaan dalam dirinya ,
Agar suatu masa nanti ,
Dia bisa menjadi seorang imam yang aku kasihi atas redhaMU..

Ya Allah ,
Sesungguhnya hanya padaMU aku memohon ,
Perkenankan doa hambaMU yang lemah ini ,
Jangan biarkan kami sesat dalam keseronokan yang sementara ini ,
Dengan rahmat dan redhaMU ,
Jagalah hati kami ,
Moga dia adalah calon imamku yang terbaik yang Engkau tuliskan untukku ..

Rabbi yassir wala tu’assir ..



semoga ALLAH SWT menjaga awak disana , MOHD AMEER SAFRIE BIN KAMAL .. :)
ukhwah fillah , aamiin .. 

*hakciptaterpelihara-ana-*



Saturday, September 22, 2012

life

alhamdulillah indah pagiku di bumi perlis ini .. lama juga tak berceloteh dalam diari online ni . and , ni la masanya untuk ana berceloteh lagi ..
 
sepanjang perjalanan hidup kita , pelbagai ragam manusia yang dapat kita saksikan . kadang gelagat mereka membuatkan kita ketawa , kadang gelagat mereka menimbulkan belas kita , kadang gelagat mereka membuatkan kita cemburu dan kadang gelagat mereka menimbulkan rasa tidak puas hati .


itulah yang dinamakan kehidupan . tak pernah lari dari pelbagai kontroversi . uniknya dan indahnya . Allah aturkan untuk kita . bagi kita tengok dunia yang fana ni . terasa benar juga kata-kata pakar motivasi , yang menyatakan " KITALAH JUARA ! " .. :)

dah dapat tengok dunia , mula nak belajar mengenal erti kehidupan . lain orang , lain jalan ceritanya dan mungkin juga ada antara kita yang jalan cerita kehidupannya sama dengan yang lain . yang pasti , setiap orang punya jalan cerita yang telah diaturkan untuk mereka . dan sebagai pelakon , kita cuma menjalankan watak tersebut hingga sampai masanya , watak kita tiada dan tidak wujud lagi ..




selalu je dengar , walau apa pun , hadapinya dengan senyuman .. sebenarnya , bukan mudah untuk ana sendiri nak lalui setiap masalah dengan senyum . tapi yang pasti , walau seberat mana yang kita hadapi , tempuh la dengan senyuman dibibir terukir indah .. Allah sentiasa bersama sama hambanya . dan ingatlah , sesuatu ujian itu tidak akan diturunkan melainkan kita mampu . :)

dan cubalah memahami insan lain . berat yang ditanggung kita , masih ada lagi yang beratnya melebihi kita . dalam susah kita , ada lagi yang susah . jadi , dalam masa kita diuji , masa itulah kita bersyukur tanpa henti . Allah uji kita sebab Allah sayang kita . untung kan kita ? dan ingat , ujian Allah bukan hanya kesusahan , malah kesenangan . andai kata seseorang itu mengerti disebalik kesenangan yang diperolehi , maka dia akan terus bersyukur dan menjauhi sikap alpa . maka , sebagai hambanya , teruskan memamnjat rasa syukur padaNYA agar bertambah limpah redha dan rahmatNYA pada kita .. :)




   Allah bg kita PENDERITAAN sbb Allah nk kita rasa apa maksud sebenarnya KEHIDUPAN jika tersalah mengambil langkah.. Allah nk kita rasa hebat di atas..Allah nk kita rasa merendah diri di bawah.. Allah nk kita YAKIN padaNya.. yg Allah xkan biarkan kita KESEORANGAN.. ALLAH SWT



Tuesday, September 11, 2012

19 KEISTIMEWAAN WANITA BERBANDING LELAKI



jangan sesekali menyesal dengan kejadian anda sebagai seorang insan yang bergelar WANITA , malah bersyukur lah ! jom intai-intai apa entry ana untuk kali ini :)

INDAHNYA CIPTAAN ALLAH SWT ..

1) doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda .. " Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia" .

2) wanita yang solehah itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh .

3) barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah. Dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya .

4) wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama Rasulullah SAW di dalam syurga .

5) barangsiapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumahnya lalu diberikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan amalan bersedekah. hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail .

6) syurga itu di bawah tapak kaki ibu .

7) barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta sikap tanggungjawab , maka baginya adalah syurga .

8) apabila memanggil akan dirimu dua orang ibu bapamu , maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu .

9) daripada Aisyah ra , " barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka , maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka .

10) wanita yang taat berkhidmat kepada suami akan tertutuplah pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga . masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab .

11) wanita yang taat pada suaminya , maka semua ikan-ikan di laut , burung di udara , malaikat di langit , matahari dan bulan semua beristigfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga solat dan puasanya .

12) Aisyah ra berkata , " aku bertanya kepada Rasulullah , siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita ? jawab Rasulullah SAW "suaminya. "siapa pula berhak terhadap lelaki?" jawab Raulullah SAW , "ibunya" .

13) perempuan apabila sembahyang lima waktu , puasa di bulan Ramadhan , memelihara kehormatannya serta patuh kepada suaminya , masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki .

14) tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama , maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu daripadanya (10000 tahun) .

15) apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya , maka beristigfar para malaikat untuknya . Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1000 kejahatan .

16) apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin , maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah .

17) apabila seseorang perempuan melahirkan anak , keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya .

18) apabila telah lahirnya anak lalu disusui , maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan .

19) apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit , maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT .

WALLAHU'ALAM ..


mak : tahu tak kenapa mak sayang sangat kamu ?
anak : sebab saya anak mak kan ?
mak : tapi alasan yang lebih hebat daripada itu ..
anak : apa tu mak ?
mak : kerana boleh jadi kamu lah penyelamat mak di kubur nanti andai malaikat sedang mahu memalu dan memukul jasad mak nanti ..
anak : mak ! janganlah ..
mak : jadi anak soleh ye .. mak perlukan doamu di sana nak .. (mak itu lantas mengalirkan air mata cinta)


andai lelaki tahu ...
sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri . tetapi sekiranya mereka saling memahami , mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan .
perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali . di sebalik air matanya , tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya . biarpun zahirnya perempuan itu nampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncangkan dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki jadi lemah kerananya .
jadi hargailah seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna . Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya , isteri dan juga ibu yang terbaik untuk anda dan anak-anak anda ..  :) 


* wahai lelaki , jika benar kau kasih & cintakan wanita itu , *
- jagalah dia dengan baik
-kasihanilah dia , lindungilah dia
-berilah kasih sayang padanya
-hargailah dia
-ucapkan terima kasih atas kelebihannya
-nasihatilah dia
-bawalah dia ke jalan Allah
-perbetulakn kesilapannya
-bersabar dengannya
-terimalah & cintailah kekurangannya
-jadi imam terbaik & redhalah padanya
~moga dia menunggumu di syurga sebagai bidadarimu .. , aamiin . ~








I'M BACK

hampir setahun tinggalkan dunia blog and now i'm back. dalam tempoh ni, macam-macam berlaku, ada pahit ada manis yang sem...