Monday, August 27, 2012

senyum senyum senyum


bila tengok baby dalam gambar kat atas ni senyum , YA ALLAH , betapa comelnya si kecil ni !
ana pun nak kelihatan comel juga . jadi apa yang ana kena buat , SENYUM ~
eh eh ada yang nak juga ke ? apa lagi , senyum la . kasi wajahmu menawan ! hehehe ..
kali ni , ana nak kongsi ilmu . nak tahu ilmu apa , teruskan pembacaan anda .
yang penting , sebelum baca artikel ini , pastikan anda senyum . 

KEBAIKAN SENYUM PADA KESIHATAN .

1) SENYUM MENINGKATKAN IMUN
apabila kita senyum , fungsi imun menjadi bertambah baik . kerana apabila seseorang senyum , akan kelihatan lebih tenang dan releks .

2) SENYUM MENGURANGKAN SAKIT
kajian yang dibuat mendapati , senyum melepaskan sorotonin iaitu penahan sakit semulajadi . jadi , kesimpulannya , senyum lah walau sesakit mana kita . 

3) SENYUM MENGHILANGKAN STRESS 
tentu hari hari kita membosankan tanpa senyuman . asyik tengok muka garang je . jadi , apa kata , untuk menghilangkan stress muka garang , jom kita senyum . dengan cara ini , hari hari anda akan lebih ceria walau sekeliling anda ada antaranya menyibukkan diri dengan urusan masing masing tanpa mempedulikan anda . 

4) SENYUM MENURUNKAN TEKANAN DARAH 
percaya atau tidak , cubalah . mungkin senyuman anda akan lebih lebar apabila anda melihat hasil ujikaji anda sendiri . 



5) SENYUM MENJADIKAN WAJAH AWET MUDA
tentu ramai antara kita mengimpikan wajah tegang pada usia yang makin meningkat . hingga ada segelintir antaranya sanggup cucuk sana cucuk sini (botox) . maaf andai bahasa kurang sopan . tapi sedarkah anda dengan hanya senyum dan senyum dan senyum , kita mampu kelihatan awet muda ? senyum lah kerana bukan hanya akan kelihatan awet muda , malah kita telah bersedekah .

6) SENYUM MEMBERI KESAN KEPADA PERASAAN 
cuba kalau rasa tidak percaya . apabila anda bersedih , cuba gagahkan diri untuk senyum disamping berfikiran positif . senyum menjadikan perasaan terubat . senyum lah !

pujangga menyebut :
" senyum itu kelopak . ketawa itu bunga yang sempurna kembangnya "

senyum adalah ketenangan bagi kegelisahan , keceriaan bagi hati yang lara dan kegembiraan bagi hati yang sepi .


pesan pada diri , andai berduka , ingatlah padaNYA . 
pesan pada diri andai kecewa , kembalilah padaNYA.
pesan pada diri andai gembira , sujudlah padaNYA .
pesan pada diri andai disakiti , mohonlah padaNYA .
pesan pada diri berbuat baik , dibalas baik .
pesan pada diri andai tak semuanya indah , syukurlah padaNYA .




No comments:

I'M BACK

hampir setahun tinggalkan dunia blog and now i'm back. dalam tempoh ni, macam-macam berlaku, ada pahit ada manis yang sem...