Friday, August 31, 2012

cinta



untuk coretan pada kali ini , ana nak kongsi apa yang ana dapat melalui bacaan ana mengenai CINTA . seronok dapat timba ilmu yang ternyata tidak sia-sia . CINTA yang ana maksudkan di sini adalah CINTA HIGH CLASS & CINTAKU KERANA AGAMAMU :) jom intai-intai ..

berkata Ibnul Qayyim al-Jauziyah , cinta ada tiga jenis . kadangkala ia menjadi seperti singa dan pedang . kadangkala ia menjadi bencana besar . kadangkala juga ia menjadi bagai arak yang memabukkan .

1) SINGA DAN PEDANG
tatkala cinta menjadi singa dan pedang , ia membawa : pengecut jadi pemberani . bakhil jadi pemurah . bodoh jadi pintar . gagap jadi fasih . pengarang jadi tajam penanya . lemah jadi kuat . kesedihan jadi kegembiraan .

tatkala tepat siapa yang patut dicintai . tepat matlamat cinta . tepat pengurusan cinta . cinta ini menjadi kemuliaan dunia dan akhirat . inilah cinta kepada ALLAH , RASUL dan JIHAD di jalan-Nya . begitulah cintakan sesuatu seperti ibu bapa , isteri , anak-anak dan harta hanya kerana-Nya .

2) BENCANA BESAR
tatkala cinta menjadi bencana besar , ia membawa : pemimpin menjadi hina . orang terkenal jadi papa kedana . tatkala cinta disalur bukan pada tempatnya tang terhormat . sebaliknya , diumbar sewenang-wenang dengan jalan zina dan maksiat . cinta ini menjadi kehinaan di dunia dan di akhirat .

3) ARAK YANG MEMABUKKAN
tatkala cinta menjadi arak yang memabukkan , ia membawa : telinga tuli daripada nasihat . mata hanya mencari peluang bermaksiat . hati abaikan ingatan Tuhan pemberi nikmat .

tatkala itu , cinta dirasakan ada manfaat , padahal mudaratnya besar . apa yang dikatakan 'cinta' , sepatutnya mulia , tapi kini dekat dengan nafsu , umbaran syahwat dan penzinaan . inilah cinta yang dimainkan oleh orang yang konsep diri dan konsep hidupnya tidak jelas . lalu , tidak meletakkan cinta kena pada tempatnya .

(sumber : CINTA HIGH CLASS & CINTAKU KERANA AGAMAMU ,by Dr.Farhan Hadi)


doa :
" ya ALLAH , jika benar dia untukku ,kuatkan sayapku untuk terbang kepadanya . kuatkan dirinya mempertahankan keindahan yang terpelihara . Ya Allah , jika benar dia untukku , sampaikan aku padanya ."



ruangan ilmu :
kebiasaan lelaki yang ingin menikahi seorang wanita akan menilai berdasarkan empat perkara iaitu KECANTIKAN , KETURUNAN , HARTA dan AGAMA . begitu juga wanita menilai lelaki .


`ya Allah , jika dia jodohku , mudahkanlah . Rabbi yassir , wala tua'ssir `...

Monday, August 27, 2012

senyum senyum senyum


bila tengok baby dalam gambar kat atas ni senyum , YA ALLAH , betapa comelnya si kecil ni !
ana pun nak kelihatan comel juga . jadi apa yang ana kena buat , SENYUM ~
eh eh ada yang nak juga ke ? apa lagi , senyum la . kasi wajahmu menawan ! hehehe ..
kali ni , ana nak kongsi ilmu . nak tahu ilmu apa , teruskan pembacaan anda .
yang penting , sebelum baca artikel ini , pastikan anda senyum . 

KEBAIKAN SENYUM PADA KESIHATAN .

1) SENYUM MENINGKATKAN IMUN
apabila kita senyum , fungsi imun menjadi bertambah baik . kerana apabila seseorang senyum , akan kelihatan lebih tenang dan releks .

2) SENYUM MENGURANGKAN SAKIT
kajian yang dibuat mendapati , senyum melepaskan sorotonin iaitu penahan sakit semulajadi . jadi , kesimpulannya , senyum lah walau sesakit mana kita . 

3) SENYUM MENGHILANGKAN STRESS 
tentu hari hari kita membosankan tanpa senyuman . asyik tengok muka garang je . jadi , apa kata , untuk menghilangkan stress muka garang , jom kita senyum . dengan cara ini , hari hari anda akan lebih ceria walau sekeliling anda ada antaranya menyibukkan diri dengan urusan masing masing tanpa mempedulikan anda . 

4) SENYUM MENURUNKAN TEKANAN DARAH 
percaya atau tidak , cubalah . mungkin senyuman anda akan lebih lebar apabila anda melihat hasil ujikaji anda sendiri . 



5) SENYUM MENJADIKAN WAJAH AWET MUDA
tentu ramai antara kita mengimpikan wajah tegang pada usia yang makin meningkat . hingga ada segelintir antaranya sanggup cucuk sana cucuk sini (botox) . maaf andai bahasa kurang sopan . tapi sedarkah anda dengan hanya senyum dan senyum dan senyum , kita mampu kelihatan awet muda ? senyum lah kerana bukan hanya akan kelihatan awet muda , malah kita telah bersedekah .

6) SENYUM MEMBERI KESAN KEPADA PERASAAN 
cuba kalau rasa tidak percaya . apabila anda bersedih , cuba gagahkan diri untuk senyum disamping berfikiran positif . senyum menjadikan perasaan terubat . senyum lah !

pujangga menyebut :
" senyum itu kelopak . ketawa itu bunga yang sempurna kembangnya "

senyum adalah ketenangan bagi kegelisahan , keceriaan bagi hati yang lara dan kegembiraan bagi hati yang sepi .


pesan pada diri , andai berduka , ingatlah padaNYA . 
pesan pada diri andai kecewa , kembalilah padaNYA.
pesan pada diri andai gembira , sujudlah padaNYA .
pesan pada diri andai disakiti , mohonlah padaNYA .
pesan pada diri berbuat baik , dibalas baik .
pesan pada diri andai tak semuanya indah , syukurlah padaNYA .




Thursday, August 16, 2012

RAMADHAN SYAWAL


RAMADHAN KIAN MENGHILANG . PASTI AKAN MERINDUINYA ! ENTAH AKAN BERTEMU LAGI ATAU TIDAK RAMADHAN YANG AKAN DATANG . MOGA DIBERI KESEMPATAN LAGI .. AAMIIN :)


TERASA BEGITU PANTAS DETIK BERLALU . KINI , SYAWAL BAKAL MENGGANTIKAN RAMADHAN . MOHON MAAF DARIPADA ANA DAN AMEER . MAAFKAN YE :)

SALAM LEBARAN UNTUK SEMUA ..

Wednesday, August 8, 2012

CANTIKNYA WANITA ..






1) Siti Khadijah
- Beliau merupakan isteri Rasulullah SAW yg melahirkan anak-anak Rasulullah, setia dan menyokong Rasulullah walaupun ditentang hebat oleh orang-orang kafir dan musyrik, menghantarkan makanan kepada Baginda ketika Baginda beribadat di Gua Hira’.

2) Siti Fatimah
- Anak Rasulullah yang tinggi budi pekertinya. Sangat kasih dan setia kepada suaminya Ali karamallahu wajhah walaupun Ali miskin. Tidur berkongsikan 1 bantal dan kadang-kadang berbantalkan lengan Ali. Rasulullah pernah berkata aku takkan maafkan kamu wahai Fatimah sehinggalah Ali maafkan kamu.

3) Siti Aishah
- Beliau isteri Rasulullah yang paling romantik. Sanggup berkongsi bekas makanan dan minuman dengan Rasulullah. Di mana Nabi SAW minum di situ beliau akan minum menggunakan bekas yang sama.

4) Siti Hajar
- Isteri Nabi Ibrahim yang patuh kepada suami dan suruhan Allah. Sanggup ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim atas suruhan Allah demi kebaikan. Berjuang mencari air untuk anaknya Nabi Ismail (Pengorbanan seorang ibu mithali).

5) Siti Mariam
- Wanita suci yang memang pandai menjaga kehormatan diri dan mempunyai maruah yang tinggi sehingga rahimnya dipilih oh Allah SWT untuk mengandungkan Nabi Isa.


6) Siti Asiah
- Isteri Firaun yang tinggi imannya dan tidak gentar dengan ujian yang dihadapinya daripada Firaun Laknatullah.

7) Siti Aminah
- Wanita mulia yang menjadi ibu kandung Rasullullah. Mendidik baginda menjadi insan mulia.

8) Siti Muti’ah
- Isteri yang patut dicontohi dan dijanjikan Allah syurga untuknya kerana setianya kepada suami, menjaga makan minum, menyediakan tongkat untuk dipukul oleh suaminya sekiranya layanannya tidak memuaskan hati, berhias dengan cantik untuk tatapan suaminya sahaja.

9 ) Siti Zubaidah
- Wanita kaya dermawan yang menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rashid. Sanggup membelanjakan semua hartanya untuk membina terusan untuk kegunaan orang ramai hanya niat kerana Allah SWT.



-panduan islam
Mungkin pada sepasang matanya yang hening yang selalu menjeling tajam atau yang kadang kala malu-malu memberikan kerlingan manja. Boleh jadi pada bibirnya yang tak jemu-jemu menyerlahkan senyuman manis, atau yang sekali-sekala memberikan kucupan mesra di dahi umi juga, ayah, suami dan pipi munggil anak-anak. Atau mungkin juga pada hilai tawanya yang gemersik dan suara manjanya yang boleh melembut sekaligus melembutkan perasaan.

Sejuta perkataan belum cukup untuk menceritakan kecantikan perempuan. Sejuta malah berjuta-juta kali ganda perkataan pun masih belum cukup untuk mendefinisikan tentang keindahan perempuan. Kitalah perempuan itu. Panjatkan kesyukuran kehadrat Tuhan kerana menjadikan kita perempuan dan memberikan keindahan-keindahan itu. Namun, betapa pun dijaga, dipelihara, dibelai dan ditatap di hadapan cermin saban waktu, tiba masanya segalanya akan pergi jua. Wajah akan suram, mata akan kelam. Satu sahaja yang tidak akan dimamah usia, sifat keperempuanan yang dipupuk dengan iman dan ibadah. 


Anda ingin lebih cantik dan menarik??

# Jadikanlah Ghadhdul Bashar (menundukkan pandangan) sebagai "hiasan mata" anda, nescaya akan semakin bening dan jernih.

# Oleskan "lipstik kejujuran" pada bibir anda, nescaya akan semakin manis.

# Gunakanlah "pemerah pipi" anda dengan kosmetik yang terbuat dari rasa malu yang dibuat dari salon Iman.

# Pakailah "sabun Istighfar" yang menghilangkan semua dosa dan kesalahan yang anda lakukan.

# Rawatlah rambut anda dengan "Selendang Islami" yang akan menghilangkan kelemumur pandangan lelaki yang merbahayakan.

# Hiasilah kedua tangan anda dengan gelang Tawadhu' dan jari-jari anda dengan cincin Ukhwah.

# Sebaik-baiknya kalung anda adalah kalung "kesucian".

# Bedaklah wajah anda dengan "air Wudhu" nescaya akan bercahaya di akhirat. 




Thursday, August 2, 2012

pejam la wahai mata

nak nangis tapi tak keluar pulak air mata ni . bila di fikir-fikir , kenapa perlu nangis ? jadi , simpan je la air mata ni kan . senyum dah la . itu lah yang terbaik , FARHANA . kalau nangis , bukan dapat apa pun . silap silap kalau panda tengok , dikatanya kau pinjam mata dia . heheh .. walaupun hati umpama kapas , namun ana mesti kuat , apa sangat la yang ana hadapi ni kalau nak di bandingkan dengan dugaan yang menimpa orang lain , kan ? 
okey la , nak tidur . nak lupa segala masalah ! urmm ... pejam ye , wahai mata .

I'M BACK

hampir setahun tinggalkan dunia blog and now i'm back. dalam tempoh ni, macam-macam berlaku, ada pahit ada manis yang sem...