Sunday, July 15, 2012

celoteh itu ini




hai readers sekalian . apa khabar ? harap-harap anda yang membaca entry ana ni , sihat-sihat dan suka ria semua . malam ni terasa ringan jejari debab ni untuk menaip berpatah-patah perkataan dalam diari online ni . 

pejam celik pejam celik , dah pun 4 hari ana berada di poli . seronok ? tak la terasa sangat , apa yang ana rindukan , FAMILY ! dah besar macam ni pun perangai macam budak-budak lagi , huhu . walaupun dah belajar berjauhan daripada family hampir 7 tahun tapi perasaan nak berada dekat dengan family tak pernah suram , malah makin menyala ! tempoh 7 tahun mungkin agak lama tapi ana memang tak betah duduk jauh , apatah lagi , dari TIMUR-UTARA . tak faham ? okeh , ana anak jati TERENGGANU . mohon ulangan sekali lagi , TERENGGANU , hehe . dari negeri keropok lekor , tukar angin ke negeri INDERA KAYANGAN . ala , bukan jauh sangat kan ? tapi bagi ana , cukup-cukup jauh ! biar la nak kata apa , sememangnya ana gadis manja ! 

okey , habis disitu saja kisah ana gadis manja .

adoi , esok kelas dah mula . kenapa la awal sangat , tak habis enjoy lagi ni . almaklum la , orang lain dapat cuti 2 bulan , kita cuti 2 minggu . sabo ja la wahai hati yang bersalut kapas !  huhu

perasaan ni dah bercampur-baur . RINDU ! rindu semuanya . aihh , handphone pula tak berbunyi . mana la menghilang semua kesayangan ana ni ? tak kan la semuanya sibuk . takpe la , biarkan telefon tu macam tu . nanti bernada la telefon tu wahai ana uittt . 

yeahh , dah agak malas nak taip panjang-panjang sebab tak ada siapa-siapa pun yang sudi baca celoteh ana ni . hingga bertemu lagi dalam celoteh seterusnya . sekian assalamualaikum .


No comments:

I'M BACK

hampir setahun tinggalkan dunia blog and now i'm back. dalam tempoh ni, macam-macam berlaku, ada pahit ada manis yang sem...