Sunday, May 27, 2012

L . I . F . E











hidup tidak selalunya indah 
langit tak selalu cerah 
suram malam tak berbintang 
itulah lukisan alam ........

memang benar kan , hidup ini tak selalunya indah . kadang kita diatas kadang dibawah . boleh diibaratkan seperti roda yang berputar berputar dan terus berputar hingga sampai pada saatnya , roda tersebut akan berhenti . begitu juga yang diibaratkan pada perjalanan kita sebagai khalifah diatas dunia yang dianggap fana ini . pengembaraan yang takkan menemui noktahnya sehingga pada saatnya hingga ke hujung nyawa , disitu lah tamatnya perjalanan seorang anak ADAM ..

perjalanan setiap orang tak sama . masing-II dah ditentukan sejak azali . rezeki , jodoh , ajal semuanya dah tercatat . siapa kita untuk menyalahkan takdir yang datang menjenguk dalam hidup harian kita ? 





seiring waktu berlalu 
tangis tawa di nafasku
hitam putih dihidupku
jalani takdirku ..

tiada satu tersembunyi
tiada satu yang terlupa
segala apa yang terjadi
engkaulah saksi

Kau yang Maha Mendengar
Kau yang Maha Melihat
Kau yang Maha Pemaaf
padaMu hati bertaubat

Kau yang Maha Pengasih
Kau yang Maha Penyayang
Kau yang Maha Pelindung
padaMu semua bertekun

yang dicinta 'kan pergi
yang didamba 'kan hilang
hidup kan terus berjalan
meski penuh dengan tangisan

andai bisa ku mengulang
waktu hilang dan terbuang
andai bisa ku kembali
hapus semua pedih

andai mungkin aku bisa
kembali ulang segalanya
tapi hidup takkan bisa
meski dengan air mata

sumber cetakan kembali :
http://liriklaguindonesia.net/opick-feat-amanda-maha-melihat-ost-manohara.htm

jom hayati lirik dan makna lagu yang ana taipkan kat atas tuh :) moga apa yang terkandung dalam seni lirik lagu tu dapat bagi kita pengertian tentang hidup yang tak pernah lepas dari segala bagai cubaan dan dugaan , amiin ..





ana tak cakap pun ana ni seorang yang tabah . apatah lagi redha dalam menerima ujianNya . lain orang lain dugaan dan lain juga caranya menghadapinya . readers pernah tak tengok video seorang hamba Allah yang diberi kesempatan dan anugerah yang tiada nilainya yang mana , beliau diberi kesempatan untuk bertemu dengan junjungan Nabi Muhammad SAW , subhanallah !
ana tak dapat nak upload videonya dalam blog nih atas sebab-II tertentu . just dapat bagi link je . jom sama2 kita tengok ^__^ wallahu'alam




http://www.youtube.com/watch?v=OCwmbMlVykA (youtube)
http://lurim.blogspot.com/2011/03/kisah-pelajar-uia-mimpi-bertemu.html

ye , mungkin dugaan yang ana hadapi sehingga hari ni tak mampu menyamai dugaan yang dihadapi oleh akak Syamimi . jadi , berbekalkan cerita yang indah ini , dapat kita sama-II ambil iktibar .. ^__^








Firman Allah SWT yang bermaksud : Adakah manusia menyangka bahawa mereka dibiarkan dengan berkata; " Kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diberi cubaan? Dan sesungguhnya Kami telah mencuba orang-orang yang benar dan orang-orang yang berdusta" (Al-Ankabut: 2-3)

Ayat tersebut bermaksud memberi penjelasan atas tanggapan salah sebahagian manusia bahawa mereka cukup dengan hanya berkata dimulut tentang keimanan mereka. Padahal pengakuan mulut itu bukanlah satu bukti bagi keimanan seseorang, tetapi mestilah melalui cubaan atau ujian. Umat-umat yang dahulupun telah dicuba Allah dengan pelbagai bentuk ujian, maka ketika itulah baru jelas siapa yang berkata bohong dan yang berkata benar. Firman Allah SWT yang bermaksud: "Nescaya kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai ujian dan kepada Kamilah kamu akan dikembalikan" (Al-Anbiya':35)


No comments:

I'M BACK

hampir setahun tinggalkan dunia blog and now i'm back. dalam tempoh ni, macam-macam berlaku, ada pahit ada manis yang sem...