Thursday, May 31, 2012

♥LOVE ALLS !♥










dalam hidup ana , ana ada keluarga yang sangat-II take care tentang ana . even dorang susah macam mana sekalipun , bila taw ana ada masalah , mesti mereka akan cepat-II tolong selesaikan . tak kira laa masalah apa pun . and most important , nasihat and teguran . walaupun kadang-II ana tak dapat nak terima tapi syukur sangat sebab bila ingat kembali , rasa macam diri ni begitu disayangi . terima kasih sayang-II ku sekalian ! 



kawan teman sahabat . mungkin bagi anda antara 3 perkataan tersebut sama , yang membawa kepada maksud yang sama . tapi bagi ana tak . kenapa ? sebab bagi ana , 

KAWAN. kalo pegi mana-II , kita jumpa orang yang tak dikenali then saling mengenali dengan cara intro nama or pape yang berkaitan , tu boleh ana ketegorikan sebagai kawan . kat mana-II kawan selalu ada !

TEMAN . pernah dengar lagu TEMAN TAPI MESRA ? yup , mungkin ana ada pendapat sendiri tentang teman . kalo dah kawan pastu bila dah lame-II , gurau senda jadi penghibur then tolong mana yang patut , mungkin boleh dikategorikan sebagai teman . teman kala suka senang kan nak cari ? cuba tanya pada diri , ada tak antara teman yang anda anggap teman , boleh kongsi suka duka ngan anda ? 

SAHABAT . yang nih memang special bagi ana . kalo ada sape-II yang nak masuk list SAHABAT ana , kena la daftar dulu , then akan di interview . hahah . melalut tak abes-II !  bukan apa , ana nih jenis pendiam and kadang dianggap sombong oleh ______ . tuuttt ! secret okeh . ye , luaran memang la , tapi bagi sesape yang tak kenal ana , mungkin la boleh judge ana camtuh . ana tak salahkan diri anda sebab diri anda berhak untuk membuat penilaian terhadap diri ana . bukan ana nak saman ke apa ke atas tindakan anda . tak berbaloi untuk semua tuh . terima kasih . oppss melalut lagi . okeh bagi ana , sahabat adalah insan yang boleh share semuanya (tak termasuk boypren !takenote ~hehehe) . suka duka especially . tapi susah kan nak cari . kawan makan kawan memang senang , (oppss ayat nih tak tujukan pada sesape . tade kena mengena antara yang sedang layan mukabuku or lagu!takenote ~)




 someone has stole my heart ! 
selain family and teman-II , ana ada someone that ana gelarkan "GULAGULA HEARTY" . dia baik . ana sayang dia . awak , saya doakan moga awak baik-II kat sana . jangan nakal-II . saya tembak kalo awak nakal ! hehehe (ayat mengadangada + gedix)

walaupun ana ada semua yang diatas , ana tak lupa . tak lupa apa ? 


disebalik anugerah yang ana dapat , semuanya milik ALLAH SWT . bila-II masa DIA boleh tarik nikmat yang ana ada sekarang nih . tapi jangan bimbang , DIA ambil , dan DIA juga akan gantikan dengan yang lebih baik . moga apa yang ana ada hai nih , diiringi dengan rahmat dan redhaNYA , amiin ...

akhir coretan ,





ANA SAYANG SEMUA ! MUACHHH !!














Sunday, May 27, 2012

L . I . F . E











hidup tidak selalunya indah 
langit tak selalu cerah 
suram malam tak berbintang 
itulah lukisan alam ........

memang benar kan , hidup ini tak selalunya indah . kadang kita diatas kadang dibawah . boleh diibaratkan seperti roda yang berputar berputar dan terus berputar hingga sampai pada saatnya , roda tersebut akan berhenti . begitu juga yang diibaratkan pada perjalanan kita sebagai khalifah diatas dunia yang dianggap fana ini . pengembaraan yang takkan menemui noktahnya sehingga pada saatnya hingga ke hujung nyawa , disitu lah tamatnya perjalanan seorang anak ADAM ..

perjalanan setiap orang tak sama . masing-II dah ditentukan sejak azali . rezeki , jodoh , ajal semuanya dah tercatat . siapa kita untuk menyalahkan takdir yang datang menjenguk dalam hidup harian kita ? 





seiring waktu berlalu 
tangis tawa di nafasku
hitam putih dihidupku
jalani takdirku ..

tiada satu tersembunyi
tiada satu yang terlupa
segala apa yang terjadi
engkaulah saksi

Kau yang Maha Mendengar
Kau yang Maha Melihat
Kau yang Maha Pemaaf
padaMu hati bertaubat

Kau yang Maha Pengasih
Kau yang Maha Penyayang
Kau yang Maha Pelindung
padaMu semua bertekun

yang dicinta 'kan pergi
yang didamba 'kan hilang
hidup kan terus berjalan
meski penuh dengan tangisan

andai bisa ku mengulang
waktu hilang dan terbuang
andai bisa ku kembali
hapus semua pedih

andai mungkin aku bisa
kembali ulang segalanya
tapi hidup takkan bisa
meski dengan air mata

sumber cetakan kembali :
http://liriklaguindonesia.net/opick-feat-amanda-maha-melihat-ost-manohara.htm

jom hayati lirik dan makna lagu yang ana taipkan kat atas tuh :) moga apa yang terkandung dalam seni lirik lagu tu dapat bagi kita pengertian tentang hidup yang tak pernah lepas dari segala bagai cubaan dan dugaan , amiin ..





ana tak cakap pun ana ni seorang yang tabah . apatah lagi redha dalam menerima ujianNya . lain orang lain dugaan dan lain juga caranya menghadapinya . readers pernah tak tengok video seorang hamba Allah yang diberi kesempatan dan anugerah yang tiada nilainya yang mana , beliau diberi kesempatan untuk bertemu dengan junjungan Nabi Muhammad SAW , subhanallah !
ana tak dapat nak upload videonya dalam blog nih atas sebab-II tertentu . just dapat bagi link je . jom sama2 kita tengok ^__^ wallahu'alam




http://www.youtube.com/watch?v=OCwmbMlVykA (youtube)
http://lurim.blogspot.com/2011/03/kisah-pelajar-uia-mimpi-bertemu.html

ye , mungkin dugaan yang ana hadapi sehingga hari ni tak mampu menyamai dugaan yang dihadapi oleh akak Syamimi . jadi , berbekalkan cerita yang indah ini , dapat kita sama-II ambil iktibar .. ^__^








Firman Allah SWT yang bermaksud : Adakah manusia menyangka bahawa mereka dibiarkan dengan berkata; " Kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diberi cubaan? Dan sesungguhnya Kami telah mencuba orang-orang yang benar dan orang-orang yang berdusta" (Al-Ankabut: 2-3)

Ayat tersebut bermaksud memberi penjelasan atas tanggapan salah sebahagian manusia bahawa mereka cukup dengan hanya berkata dimulut tentang keimanan mereka. Padahal pengakuan mulut itu bukanlah satu bukti bagi keimanan seseorang, tetapi mestilah melalui cubaan atau ujian. Umat-umat yang dahulupun telah dicuba Allah dengan pelbagai bentuk ujian, maka ketika itulah baru jelas siapa yang berkata bohong dan yang berkata benar. Firman Allah SWT yang bermaksud: "Nescaya kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai ujian dan kepada Kamilah kamu akan dikembalikan" (Al-Anbiya':35)


Saturday, May 26, 2012

alkisah





disebabkan cuti 3 hari ( sabtu , ahad and isnin ) , roomate ku ain and roomate-II mimiey pulang ke rumah masing-II .. so tinggal la ana and mimiey dalam bilik yang berasingan .. perasaan takut memang tak ley nak dinafikan lagi sebab biasa la , kalau hari cuti , memang kebiasaannya sunyi sepi je poli ni .. usahkan poli , blok-II kamsis lagi laa .. untuk hilangkan rasa takut , mimiey ajak ana tidur sekali kat bilik dia ..
alhamdulillah sekurangnya ana ada teman untuk tidur and bercakap ..

so cuti-II nih , kompem la tido lambat , bangun pun mesti la lambat kan ? hehe anak dara ..
disebabkan semuanya lambat , so malas la nak turun untuk beli makanan .. mimiey pula awal tak awal da rancang nak masak .. bukan apa , nak save budged !

okeh , nak dijadikan story , malam nih , dengan baik hati mimiey masakkan untuk ana .. alhamdulillah sedapnya ! credit to mimiey .. muachhhaa !
jom usha apa yang mimiey masakkan untuk ana :)



nasi goreng + air milo 

ni la rezeki ana , alhamdulillah ..
cemburu pula tengok orang pandai masak .. huhuhuhu
actually ana nih tak pandai / tahu masak , yang ana tahu , makan ! hahah
okeh , pasni kena la belajar memasak .. almaklum laa tak lama lagi dah nak jadi isteri orang ! 
hahaha gatal !

mungkin cukup sampai disini je entry untuk kali ini , lain masa kita sambung lagi ..


Tuesday, May 22, 2012

♥ABAH♥







disebabkan beberapa alasan yang boleh diterima akal , akhirnya dapat juga ana on blog sendiri and melatih jemari debab ni menari diatas keypad lappy nih ~alhamdulillah~

actually ana nak buat entry tentang keistimewaan bulan REJAB , tapi memandangkan masa tak mengizinkan , tak dapat la ana teruskan niat tersebut .. la tahzan , insyaAllah dilain kesempatan ana akan masukkan entry tu ye :)

2205 , tarikh yang mungkin tak membawa erti pada readers tapi ia sangat bermakna bagi ana ..
kenapa ???
hari lahir ana ke ? ishh tak laa ..
nak tau ke ?? okeh teruskan membaca ^__^


tetibe je ingatan ni melayang pada memori lalu .. alangkah seronoknya kalau masa ni dapat diputar kembali ..
ana rindukan arwah abah !
cukup 12 tahun arwah abah meninggalkan ana , adik-II , keluarga dan apa yang penting , umi ..
setiap detik yang berlalu terasa begitu pantas hinggakan ingin diimbas terasa sudah jauh meninggalkan kita ..
tapi kenangan tetap masih utuh dalam ingatan !
mungkin tak banyak tapi cukup sekadar membuatkan hati ni rindu ..

rindu pada senyuman ,
rindu pada belaian ,
rindu pada kasih sayang ,
rindu pada kucupan kasih ,
rindu pada tutur kata,
rindu pada renungan ,
rindu pada raut wajah ,
dan yang paling ana rindu ..
panggilan abah untuk seorang lelaki yang bergelar ayah kepada ana ..

seronok dengar kawan-II sebut ayah , papa , daddy , waliQ , abah ..
masa tuh , just mampu senyum dan tumpang gembira ..
dalam hati ? berdoa , moga YANG DIATAS kuatkan hati ..
tanpa seorang ayah , tak semestinya kita lemah ..
sedangkan junjungan kita , Nabi Muhammad SAW sendiri kehilangan bapanya ketika masih dalam kandungan .. untung ana , diberi kesempatan melihat raut wajah arwah abah ..

walau apa pun , hidup tanpa dugaan , tak memberi kita kekuatan , tak mengajar kita ketabahan , tak terasa nikmatnya .. oleh demikian belajarlah menerima sesuatu walau ia sepahit hempedu ..

apa-II pun , abah adalah lelaki paling ana sayang !
dan terbaik !!
alFatihah untuk arwah ..


" setiap yang hidup pasti akan mati "
bagi kita yang masih diberi kesempatan untuk melihat dunia yang fana ini ,
bersyukurlah !
mungkin hari ini Allah bagi kita kesenangan , tapi esok lusa siapa yang tahu ?

~5 perkara ~

sihat sebelum sakit ,
muda sebelum tua ,
kaya sebelum miskin ,
lapang sebelum sempit ,
hidup sebelum mati ..

"sayangi dan hargailah insan yang bergelar AYAH .."







Sunday, May 20, 2012

Salam Perkenalan.......


Hahahahhahahahahahahaha,,,,,,lozzzzzzzzzzzzzzz
Dalam blog ni nak guna nama apa erk????
Blog ni xde insprirasi op???
Tol op??
Blog ni x mcm blog Ameer kot,,,,,
hahahahaha,,,,,,

Xpew2 kanda oiiiiiiii......

Ameer bukan nan superman,,,,
Yg bisa menangis......
hahahahahahaahahahahaha
Sapew ckp lelaki x suka menangis.......Lelaki ni lain dari yg 
laun,,,,,
Susah nak tgk lelaki yg menangis sbb lelaki ni ego kot...
Ameer x ok!!!!

Alah,,,,tolong lah......Plizzzzzz lah....TERGELI SY DGR!!!
hahahahahahahhahaha
Hati manusia sapew dapat duga,,,,,,x tahu 
yg mana baiik dan yg mana buruk....
Xthu nak menilai MANUSIA ni mcm mana.....
2 lah unik nya lelaki ini.......

hahahahahahahahahahahahaha
lozzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz
Berbeza tol lah blog Ameer ngan Blog ana ni...
So different.....hahahahahahahaa
Xpew lah,,,,,,

Alamak,,,,masa dah cemburui kita.......
Ameer rasa nak tidow pulak sbb seharian duk kt blog jew tapi x dapat pun ap yg dikehendaki,,,
Xjmpa2 pun....Nak chatbox tapi xde lah pulak....
Dah dapat tapi x cantik pulak.....
hahahahahhahahaha

Xpew2,,,,lain kli jeew lah Ameer sambung terjah menerjah kew semua Rakan2
BLOGGER 
Ameer ni.....Xpew2,,,
Ameer masih ad ramai kawan kot yg dapat membantu
untuk membikin kan BLOGGER ni....

SELAMAT BERJUANG CINTA!!!!!!

Saturday, May 19, 2012

terima kasih ain ! ♥




alhamdulillah selesai sudah sesi mengedit sana sini blog  http://gulaheartylife.blogspot.com/ yang merupakan blog ana sendiri .. jutaan terima kasih dan tahniah kepada ain yang pulun sehabis mungkin semata-mata ntuk melawakan + mencantikkan blog ana .. hah , ni laa hasilnya .. lawakan ?
*credit to ain*

nanti ana belanja ain , okeh , heheheh .. kepada anda semua , jom intai-intai sikit , siapa ain .. copy paste je link kat bawah ni okeh ..


http://www.facebook.com/cikainrusleeII ( facebook ) 

or

 http://celotehbudakkechiq.blogspot.com/ ( blog )




~ shuke cangat-II ~

Monday, May 14, 2012

♥˚ I . N . S . A . N ˚♥







˚L . O . V . E˚

fitrah manusia untuk saling menyayangi , begitu juga mencintai ..
tapi pernah tak kita terfikir , kesan bila kita mula menyayangi dan mencintai insan yang bertuah itu ?
normal sangat kalau saat permulaan , semuanya indah ..
terasa dunia milik kita .. umpamanya :

mandi tak basah 
tidur tak lena
makan tak kenyang

sebab ?
kat mana-II , mesti nampak bayangan si dia ..
pandang sana , nampak si dia 
pandang sini , nampak si dia 
kanan , kiri , belakang , atas , semuanya si dia !
tapi bila sikit salah faham ,
telefon yang dulu tak lekang dari genggaman , campak tak tahu kemana ..
kalau boleh , pandang pun tak nak telefon tu ..
masing-II EGO !
dah hilang semua madu dalam kasih sayang ..
urmm begitu rumit kan ?


M . A . N . U . S . I . A


terciptanya manusia daripada tanah 
mempunyai akal 
dan yang paling indah PERASAAN !


»A . D . A . M  vs  H . A W . A«

Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan.



akhir kalam ,
manusia itu tak sempurna ..
setiap salah dan silap ada sebabnya ..
memaafkan kesalahan orang lain adalah sebaik-baiknya daripada mencipta jurang silaturrahim ..

berkasih sayang lah kerana ALLAH .. 




Saturday, May 12, 2012

★F . R . I . E . N . D . S . H . I . P★







[]F . R . I . E . N . D . S . H . I . P[]

sunyi kan hidup tanpa insan yang layak digelar sahabat ?


teringat pula kenangan zaman skola ..
pegi skola same-II ,
time rehat , same-II makan ,
belajar dalam kelas yang sama ,
duduk pulak bersebelahan ,
gelak same-II ,
study pun same-II ,
bahkan , ponteng kelas pun same-II ..
ADOY , da pun sahabat , semuanya mesti SAME-II ..
tak senarai pendek lagi kenakalan yang kita buat same-II ..
pendek kata , semuanya nak dibuat same-II ..
bukan apa , sharing is caring ..
awak kena , saya pun kena ..
adil kan ?

urmm bila dah abes zaman skola ,
semua yang kita selalu buat same-II dulu , dah pun takde ..
hilang dalam sekelip mata  !
RINDU sangat-II time tuh !

sekarang ,
awak jauh nun disana , saya disini ..
bergelar perantau yang mengemis secebis ilmuNYA ..
kita dah jarang sangat contact ..
melainkan ada something yang penting ..
jarang dapat tanya khabar ..
tapi tak bermakna , SAHABAT SEJATI TIDAK KEKAL DIHATI !
walaupun jarak memisahkan kita , awak selalu dekat pada saya ..
bingkisan doa , tanda ingatanku kepadamu menjadi penghubung antara awak dan saya ..
tengok , besar kan nikmat kasih sayang antara sahabat dengan sahabatnya yang lain ..
moga ukhwah yang terbina atas restu kasih dan sayangNYA akan berkekalan dan mendapat rahmat serta redha dariNYA , AMIIN ..

dan sekarang , masing-II dah punya sahabat baru ..
yela , hidup di negeri orang , takkan nak jadi kera sumbang ..
saya doakan moga awak tak lupakan saya ..
saya sayang awak sebagai sahabat saya ..
bila saya susah , awak lah tempat saya mengadu ..

awak bagi saya pinjam bahu awak ..
awak bagi saya pinjam telinga awak ..
awak bagi saya pinjam suara awak ..
awak bagi saya pinjam mata awak ..
semuanya sebab awak dan saya adalah sahabat !
dan
semuanya sebab kasih sayang antara kita ..

awak yang berada jauh dari pandangan mata saya tetapi dekat di hati saya ,
jaga diri elok-II taw ..
jangan nakal-II ..
makan banyak-II ..
dan yang penting , laupun awak punya boypren ,
jangan lupakan saya !
nahas lhaa kalo awak lupakan saya ..
saya tarik telinga awak sebab awak tak dengar cakap saya ..+♥♥♥♥+

for the last words for my beloved friends ,

"coretan ingatan ini adalah ikhlas daripada saya ..
saya rindu awak .. ukhwah fillah abadan abada "

+♥♥♥ hargailah seorang insan yang bergelar SAHABAT .. ♥♥♥+

mungkin hari ini dia pernah membuat kita menangis ,
tapi siapa yang tahu , tangisan kita adalah demi kebaikkan kita ..
mungkin hari ini dia telah membuat kita tertawa ..
tapi siapa tahu , ketawa kita adalah ubat ketenangan dikala dia kesusahan ..
mungkin hari ini dia telah membuat kita kecewa ..
tapi siapa tahu disebalik kekecewaan kita , dia pemberi semangat yang kental pada kita ..

" Your friend is the man who knows all about you and still likes you "

Terjemahan: Seorang kawan sejati ialah apabila dia telah mengetahui segala hal kita termasuk kekurangan kita..dia masih suka kepada kita

-Ustaz Azhar Idrus-



Sahabat sejati akan meluruskan jalan ketika kita kehilangan arah dan tidak akan meninggalkan kita dalam suka, apalagi dalam duka.

Bersahabat dengan seorang yang jujur akan membuat seseorang itu senantiasa terpelihara kejujurannya.

======

Terima kasih buat sahabat-sahabatku yang berakhlak mulia dan telah menepati kata-kata itu


~ TERIMA KASIH SAHABAT ~

Wednesday, May 2, 2012

✰RAGAM✰





pejam celik pejam celik final exam dah pun abes .. MERDEKA ! bebas untuk buat apa sekalipun (◕‿◕)
for the last paper , semangat makin suram , entah camna result , berserah suda ..
harap-II tak de lhaa kena repeat paper untuk sem nih , amiin ..

memandangkan exam da pun melabuhkan tirainya , maka dengan bangganya , ana nak isytiharkan bahawa cuti sem untuk kali ini sudah mula berarak .. 
cuti ??
alahai syukur , sekurangnya dapat ugak cuti laupun satu minggu ..
jeles sama kawan-II yang dapat nikmati cuti sem 2 bulan ..
mesti da macam-II korang plan kan ?? urmm untung lhaa ~

and now , kamsis pun da mula sunyi , bukan apa , penghuni-IInya da mula beransur mengosongkan ruang bilik masing-II .. kalo dulu , tak cukup ruang nak letak itu , nak letak ini .. kalo boleh , ruang bilik yang ada , nak je isi dengan macam-II bendalah .. alahai ~

urmm seronok tengok kete-II berderet sepanjang laluan untuk kamsis nih .. tumpang happy sebab dapat tengok family kawan-II mai angkut barang , masing-II bagai nak pindah ,, dengan beg pakaian yang bagai nak meletup , buku-II yang dulu jadi peneman untuk ke kelas .. tak termasuk barang-II lain lagi ..

hah si udax yang ngah menaip nih , satu barang pun belum kemas lagi .. hah !nampak sangat tipunya ! hehehe
baru je masukkan baju-II dalam beg , barang lain malas nak kemas lagi sebab minggu depan datang poli lagi .. tak pe , esok masih ada , sempat lhaa nak kemas mana yang patut ..
biasa lhaa , suka buat kerja last minute !
tengok lhaa esok , mula kelam kabut macam lipas kudung layaknya ! huhu tak pasal-II da termensionkan nama lipas dalam penulisan kali nih .. tak pe , sharing is caring ~

da tak sabar nak terjah kampung halaman .. 3 MAY malam , cepat lhaa menjelma ..
jeles tengok kawan-II seret beg masing-II ..
syaza , lynn , ogy .. mesti awk-II happy kan ??
moga perjalanan awak-II selamat :)
miss awak-II untuk satu minggu nih ..
da tak de study same-II , pegi kelas smae-II , gelak same-II ,
urmm sunyi ! takpe , sabar lhaa wahai hati , satu minggu tak lama , pejam celik pejam celik , awak-II semua da ada depan mata saya :)

oke lhaa , da naik lenguh tangan debab nih menaip .. minta undur diri sehingga bertemu lagi dalam penulisan yang akan datang ♥♥



fly to TERENGGANU


 ILSM TERENGGANU 



I'M BACK

hampir setahun tinggalkan dunia blog and now i'm back. dalam tempoh ni, macam-macam berlaku, ada pahit ada manis yang sem...