Sunday, March 13, 2016

I'M BACK



hampir setahun tinggalkan dunia blog and now i'm back.
dalam tempoh ni, macam-macam berlaku, ada pahit ada manis yang semuanya bila berlalu tinggal kenangan.


sekarang umur pun dah meningkat, zaman belajar lama ditinggalkan dan sekarang welcome to new life, masa untuk bekerja and tumpukan sepenuhnya pada masa hadapan, moga-moga dipermudahkan segala urusan yang mendatang, aamiin :)


alhamdulillah new life, new hope new adventure. bukan senang hidup merantau. hidup jauh dari keluarga semuanya depends on self. jauh beza merantau zaman bergelar pelajar dengan sekarang. yang penting need to strong. 


Tak lupa, tahniah En.Ameer dapat kerja dekat sini jugak, hopefully kerja molek-molek ye. :D


next step will be coming soon. (love love love) :p


*waiting for this May, tak sabar nak balik kampung*


will be continue.

Sunday, May 17, 2015

In Shaa Allah Baitul Muslim menunggu kalian , Aamiin


Alhamdulillah, 2 Mei 2015. Tarikh dimana kakak sulungku bertunang. Masa tu hanya ALLAH yang tahu macam mana perasaan aku. Rasa gembira, sebak aishh bercampur baur jadi satu rasa. Maklum la ni event pertama kali dalam kalangan adik-beradik aku. Nak dijadikan cerita, dah mula dengar dah,

"nanti giliran ati (panggilan manja dirumah) ."

Mak aihh copat bona giliran aku. Kak ngah pun tak lepas lagi, mai-mai giliran aku. aishhh parahhh !
In Shaa Allah ada jodoh, panjang jodoh, akan jadi milik orang jugak seorang Farhana ni. hahaha

Tak nak cerita panjang sebab dah lama jejari runcing *opsss perasaan betul* tak menari atas pentas keyboard ni.








Alhadulillah, moga along dan pasangan bahagia. Indahnya sebuah baitul muslim. Perkara yang baik tak elok dilambatkan. Cepat along naik pelamin ye. Aamiin ..


Sunday, March 30, 2014

ALLAH YUFTAH 'ALAIKUM !

tiba masa untuk jemari runcing menari di atas pentas keyboard . bagi laluan ! bagi laluan ! 
it is not interesting story maybe , it's about the schedule of examination ! Allah tiba-tiba dup dap dup dap pulak jantung ni . calm down , heart , calm down :)


two papers for this sem atau lebih terperinci for the last semester . Alhamdulillah mampu tarik nafas lega sedikit untuk dua paper yang tak berapa killer ni (ye ye je kan , heart? hehe !)


kat sini , sebagai peringatan dan jugak sebagai moment for the last semester (lepas ni dah takda update pasal jadual exam :( ) . sebenarnya dah lama check jadual ni tapi takda pulak kesempatan nak update . masalah line , masalah masa dan jugak masalah kritikal , TAKDAK MOOD !


JADUAL PEPERIKSAAN PELAJAR POLITEKNIK MALAYSIA SESI DEC 2013


haa ni link untuk page jadual exam .
sekali lagi , sebagai PERINGATAN wahai cik Anna ! 


NO. PENDAFTARAN:18DPM11F1008
POLITEKNIK:PTSS
BIL.KOD KURSUSTARIKH PEPERIKSAANMASA PEPERIKSAAN
1. PB604 - BUSINESS FINANCE Tuesday, 22-04-201411.15 AM - 1.15 PM


haa ni paper kedua . paper pertama takdak dalam jadual . pelik betui . mula-mula tu excited jugak sebab ingatkan paper OM memang takdak . hmm masalah teknikal . kami tanya lecturer kesayangan kami , Cik Ros Aini . dan Cik cakap :


PB602 - OPERATION MANAGEMENT
TARIKH PEPERIKSAAN - WEDNESDAY , 09/04/2014
MASA PEPERIKSAAN - 8.15- 10.15


okay la even jarak jauh antara dua paper  ni , ada jugak masa nak study lebih . so , no excuses tak dapat 4 flat untuk BF . In Shaa Allah :)


Allah yuftah 'alaikum , good luck for myself .

untuk kawan-kawan , all the best !

moga dipermudahkan segalanya untuk , En.Ameer . chaiyokk ! 

Thursday, March 20, 2014

Alhamdulillah

Alhamdulillah masih diberi peluang untuk menghirup oksigen , melihat dunia . lama tak story morry kat sini, rindu nak menaip panjang-panjang ! 
terlalu banyak yang berlaku sepanjang perjalanan hidup hingga hari ini . terlalu banyak kenangan , terlalu banyak peristiwa , terlalu banyak ! but life must go on , am I right ? 

"Ketika kita nampak kebahagiaan orang lain, sebenarnya kebahagiaan itu juga ada pada kita"
"when someone asks me whats wrong, my instant reaction is to lie and say everything is fine, despite how crap i really feel."
Alhamdulillah dah tak lama dah , In Shaa Allah ana bakal menamatkan pengajian di tempat ana belajar sekarang pada akhir bulan empat nanti . seronok memang seronok tapi bila fikirkan apa yang ana ada kat sini , terasa sedih pulak terutamanya teman-teman yang ana kasihi dan sayangi. Mimie , Lynn dan Ain. they are the best ever friends that I've meet . 

semakin dekat dengan hujung sem ni , bermakna semakin dekat jugak laa dengan final exam . hopefully , dapat capai target 3.5 above for this examination. teringin jugak nak naik pentas hari pertama untuk hari Konvokesyen nanti . In Shaa Allah , Aamiin :)

untuk last semester ni , boleh dikatakan pening lalat dengan final project , Business Research . minggu ni minggu akhir untuk siapkan semuanya then next week everyhing kena submit . Ya Allah , Kau permudahkan lah urusan hamba-hambaMu ini, Aamiin ......

"wamakaru wamakaraAllah wallahu kharilmakirin" - kita merancang, Allah merancang. sesungguhnya perancangan Allah yang paling baik
"Whatever you're going through , no matter how hard it is , in the end it's going to make you stronger"

Saturday, December 7, 2013

Lynn Sayang






minggu kedua di politeknik . as usually , nothing to do just makan tidur makan tidur . 

firts story : 

okay cerita pasai final project , group ana memang tak mula dari mana pun lagi . setakat cari and download sepuluh jurnal berkenaan tapi tu pun still tak mencukupi . agak pening , mana nak kena taw dia punya alpha 0.8 , mana nak taw jurnal tu menepati piawaian seperti yang dikehendaki . seeloknya 12 contents yang En.Rahman senaraikan perlu ada dalam setiap sepuluh jurnal yang dipilih .Ya Allah , pening jugak macam ni . 23 hari bulan dah nak kena hantar pada panel . bertambah buntu bila tu adalah tarikh cuti , cuti mid sem pertama ! dah rancang awai , 17 malam nak gerak balik Terengganu memandangkan hari Khamis dan Jumaat memang dah cuti untuk kelas kami . tapi bila duk pikiaq kat project ni , aishh boleh ka nak balik time ni ? nasib badan laa , apa hal pun kena discuss dengan group , supervisor and panel . moga moga dipermudahkan segalanya , aamiin :)


second story :

habis ja kelas Puan Aroal (business finance) , terus gerak cafe cari makan . memandangkan perut dah berdongdang sayang bagai , kena la isi dengan makanan , kan ? haa dah siap beli , masing masing berpecah balik bilik . ana dengan Ain then Mimie dengan Lynn . kami B1 , Mimie and Lynn B3 . memang dorang sampai bilik dulu laa kan ? tu laa kelebihan duduk kat blok tengah tengah antara cafe and jalan nak pegi kelas . 

okay dah sampai bilik tengok roomate still bermimpi indah . aishh tergugat jugak . terasa katil melambai lambai tapi perut lapar . tak jadi tidur , on lappy sambung tengok movie Korea , Syungkyunkwan Scandal . terasa macam tengok kat pawagam . mana tak nya , dengan langsir yang tertutup , tambah gelap laa bilik tu kan . duk gelak sorang sorang tengok cerita tu . hmm kalau bilik lama dulu , nak gelak memang tak adanya control . main terjah ja tapi bila dah duduk bilik baru dengan roomate baru semua benda kena control . ala ala control ayu , hahah ! 

tok ! tok !  tok !
"aishh siapa pulak ni ? kan kunci dah ada , bukak sendiri laa pintu tu." punya laa dah syok habis tengok movie sampai kan sanggup bersangka buruk . okay nasib baik pintu tadi kunci tak kemas , Alhamdulillah . 

"ana , ain nak pegi hospital . Lynn sakit !"

okay sentap sekejap . lynn sakit ?? 

"haa , okay okay . lynn sakit apa ?"
"sakit perut"
"okay okay hati hati . pegi dengan sapa?"
"dah col ambulance . pegi dengan ambulance laa"
"okay , pape bagitaw taw !"
"okay , bye"
"bye"

lebih kurang macam tu la perbualan ana dengan ain . okay jantung dah mula berdebar debar dah . okay ke lynn ? aishh macam nak ikut tapi boleh ke ? urmm  nak sedapkan hati sambung tengok cerita . duk syok tengok ,

ring ! ring ! ring !
terpampang nama DBS Mimie kat telefon .

"ana , siap siap jom pegi hospital !"
"serius ? urmm kalau tak pegi boleh tak ?
"aishh cepat siap . tunggu kat bawah blok . bye !"

apa lagi terus off lappy siap ala kadar then bagitahu ida (roomate) nak gerak pegi hospital .

dah kecoh , ternampak pulak Fizie duk tunggu kat bawah blok . ni mesti Fizie yang tolong hantarkan . naik tangga terserempak pulak dengan Lynn , Ain , MA and mak guard . okay faham . terus ke bilik Mimie . nasib Ain sorang je kena hantar Lynn . takpa , pape hal Ain contact Mimie . duk lepak Mimie suruh bersiap Ain nak datang ambil . aishh kelam kabut bersiap . 

lebih kurang pukul 1 lebih sampai kat Hospital Tuanku Fauziah Kangar . Lynn masih kat dalam wad kecemasan . tunggu punya tunggu , Alhamdulillah Lynn keluar sambil tersenyum . lega sikit hati tengok dia senyum .

ingatkan dah settle kat situ tapi malam tu ain bagitahu dia dengan Lynn nak gerak balik KL . Ya Allah selamatkanlah perjalanan kawan kawanku .

macam ni kisahnya yang berlaku pada 5 Disember 2013 (Khamis) . dan semalam dapat tahu , Lynn kena tahan wad kat Hospital Putrajaya . lagi sedih bila dapat taw kemungkinan Lynn bakal pindah poli sebab dia perlukan rawatan susulan selama dua bulan ! 

Ya Allah kuatkan lah sahabatku . sesungguhnya Engkau lagi Maha Mengetahui .

Lynn sayang , 
Allah Maha Penyayang . DIA tidak akan membebankan hambaNya melainkan dengan keupayaan yang ada pada hambaNya . Subhanallah . bersabar ye sahabat ! keep smiling and say Alhamdulillah .






Friday, December 6, 2013

BANJIR DI KEMAMAN DAN KUANTAN 2013





*jawab salam dulu*

bila on Facebook , mesti ada je yang duk upload gambar banjir yang sedang melanda Kuantan dan Kemaman . tak kurang juga artikel artikel berkenaan keadaan semasa . Ya Allah , perasaan ni berbaur rasa . macam mana keadaan Chik Mie sekeluarga ? macam mana keadaan Chik sekeluarga ? Ya ALLAH permudahkanlah urusan mereka YaALLAH ! jauhkan mereka dari apa yang tidak di ingini . 

pagi tadi , terlihat post seorang sahabat di facebook . gambar gambar yang di upload nya membuat kan ana tertanya tanya seteruk itukah keadaan di Kemaman ? bagaimana keadaan penduduk di sana ? duduk kat kamsis ni , agak terbatas untuk tahu berita terbaru berkenaan keadaan sebenar . nak tengok berita jauh sekali . TV kat cafe . nak turun , perasaan malas tu memang wajib ada . nak tak nak , beli wifi kamsis , on internet , bukak artikel berkenaan banjir di Kemaman dan Kuantan 2013 . eh , nak baca jugak ? okay boleh click senarai artikel di bawah ni :


dan disini reupload pictures banjir di Kemaman .
















melalui gambar mungkin kita dah dapat tafsir dan bayang nasib mereka . berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul . kita yang tak mampu untuk menghulur bantuan , cubalah ringankan tangan berdoa untuk mereka . 




Subhanallah  !


gambar diluar masjid yang di luarnya air keruh tapi dalam masjid airnya tersangat jernih . Subhanallah !

Friday, November 29, 2013

bye sem 5 hi sem 6



alhamdulillah berakhir sudah semester 5 dan sekarang dengan rasminya ana bergelar senior kepada adik adik di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin Arau Perlis . alhamdulillah . masuk ja semester baru , everything are change . new room , new roomate , new kamsis's block , new level and In Shaa Allah new moments will coloured my life at here for the last sem .
here , a bit of moments on sem 5 (June's session , 2013)


Diploma in Business Study (Management)









Majlis Apresiasi Pelajar Cemerlang Latihan Industri Sesi Disember 2012




Global Leadership Program at ADTEC Batu Pahat , Johor




Lynn , Ain , Mimie , Ana





that's all . hee actually banyak lagi gambar kenangan kami tapi nak upload semua memang tak laa . biar jadi simpanan peribadi .

haa , cerita pasal sem 6 ni , maybe sem ni paling ringan untuk kami . kursus pun just tiga . Business Finance , Operation Management and Business Research . so , cuma dua paper untuk final exam and satu poject . aishhh cakap pasal project memang tak taw la nak buat project apa . lecturer yang ajar pulak , Encik Rahman . masuk kali ni , dah 3 sem beliau ajar kami . sem satu okay lagi . sem dua dah tukar jadi sedikit tegas and sem ni tak taw la camna . lagi garang kot ! hehe . hopefully sem ni dapat score untuk dapat Anugerah Ketua Jabatan (AKJ) , aamiin .

untuk dia , en.Ameer yang berada di PMM , belajar elok elok . jangan main main ! yang penting jaga diri , jaga kesihatan , jangan gatal gatal taw ! haha <3

alamak masa untuk makan . need to choww , hee . dai dai :)







I'M BACK

hampir setahun tinggalkan dunia blog and now i'm back. dalam tempoh ni, macam-macam berlaku, ada pahit ada manis yang sem...